Sunday, November 30, 2008
Trip to Indonesia again...
Teruja....
Kami berbuat demikian kerana kami ingin menjemput penulis tersebut datang berceramah di surau kami...sedangkan pengerusi tidak mengenali penulis ini. Kami terangkan serba sedikit tentang penulis ini berdasarkan info yang kami dapati dari blognya. Sebenarnya penulis ini dah pun famous - sebab dah keluar kat TV beberapa kali. Dah jadi "pelakon" pun dalam program Iktibar kat Astro Oasis!!
Kisahnya bermula bila aku baca yang Prof (penulis) ini kerap dipanggil untuk menyampaikan pengalamannya semasa di Tanah Suci. Aku memang suka sangat baca blognya yg aku terjumpa secara tak sengaja - oh tak ... aku dapat URLnya dari buku2nya!!
Suatu hari aku saja tulis kat ruangan komen yang aku nak ajak dia datang ke Taman Guru ...tapi aku kata mungkin Prof tak nak datang sebab jauh.Tup tup...aku tengok Prof respons!! Wah...aku pun beritau D. Kemudian D terus call Tn Hj Harun jika kami diizinkan menjemput Prof. Ternyata hasrat kami dipersetujui. Alhamdullilah!
Petang itu...dengan hati yang berdebar2 aku menalipon Prof! Aduhai...Prof kata OK dan suruh aku berhubung dengan PAnya untuk masukkan dalam diarinya.
Sekarang...tunggu saat itu jadi kenyataan!!
Thursday, November 27, 2008
Travelog Dakwah...
Pagi tadi terima call dari Hamid Bros Bookstore
Memberitahu iaitu buku yang saya pesan dah sampai...
So, lepas masak spagheti untuk E & Rai, saya segera ke sana bertemankan D...
Balek ke rumah terus baca, lepas zohor sambung lagi
Baca dan baca dan baca...
Selesai sebelum solat asar.
Hu huh ... dapat renungkan diriku ini!!
Terasa tercabar untuk meningkatkan lagi amal ibadahku terhadapMU
Ya Allah, Kau permudahkanlah aku dalam segala ibadahku
Ampunilah aku!
Sunday, November 23, 2008
Travelog Haji ....
Travelog HAJI Mengubah Sempadan Iman
Penulis: Prof Muhd Kamil Ibrahim
Sebenarnya dah lama cari buku ni...tapi baru dua hari lepas jumpa!! Pastu terus tulis nama pesan buku Travelog Dakwah pulak.
Buku ini berhalaman 244ms telah tamat dibaca dalam masa satu hari jer!! Kenape cepat sangat habis baca?? Sebab ianya sangat2 menarik pada saya. Menarik macamana tu?? Susah nak saya jelaskan di sini. Bacalah sendiri...baru tau. Banyak iktibar yang kita akan perolehi jika kita baca dan mencontohi penulis ini. Saya tabik spring kepada Prof!! Semoga Prof sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dapat terus berbakti kepada Agama & Bangsa.
Friday, November 21, 2008
Bergambar dengan Prof...!
Kami pun berposinglah...
Isteri Prof. - Pn Hjh Roza pun turut menerima ijazah - Tahniah!
Prof tersenyum...nape eik??
(Boleh baca blog Prof - http://muhdkamil.net/kehidupan/)
Tahniah buat Nina...
Tarikh: 20 November 2008
Tempat: Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam
Istiadat Konvokesyen Ke 69
Nina tersenyum gembira selepas selesai menerima Ijazah (EMBA)
Istiadat disempurnakan oleh Tuanku Canselor SPB Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan
Tuesday, November 18, 2008
Cuti Sekolah...
Anak2 yang tiga orang kat rumah tu ajak pergi ke TC...
Dieorang nak g photoshoot...
So mama & D pun bawalah depa pi sana..
Pepagi...jam 7 dah ready

Mama suka tengok gambar2 yang Rai upload kat blog Mainichi tuu...








































