Pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang dijemput untuk berceramah.
Ustaz menunjukkan slide yang berkaitan dengan salahlaku2 golongan remaja
dan
kebanyakkannya melibatkan pelajar2 sekolah!
Pelbagai salahlaku...malas nak sebut
Memalukan, memualkan
dan
siapakah mereka ini?
Oh sungguh sedih!
Sungguh kecewa!
Siapa??
Orang Melayu..
Gejala2 ini berleluasa terutamanya selepas tengah malam
selepas sambutan malam tahun baru..
Konsert Jomheboh..dan yang sewaktu dengannya..
menyampah betul!
Dan ustaz beritau
Mengikut imam Al-Ghazali
Selepas majlis ilmu akan terbentuk dua golongan
Golongan pertama : pulang bawa hikayat
Golongan kedua: pulang bawa hidayah
Jadi..terpulanglah golongan mana yang kamu pilih.
*******
Kemudian diteruskan majlis dengan pelancaran Tabung Derma "Palestin Kami Bersamamu"
Tapi sebelum itu Ustazah Hjh Siti Arija telah menayangkan video menunjukkan kekejaman rejim zionis membelasah orang2 Palestin, bedilan2, mayat2 bergelimpangan etc etc
Sungguh menyayat hati
Menitis airmataku!!
Kemudian Ustaz Jamali mengetuai bacaan doa agar Allah swt melindungi orang2 Islam dari terus ditindas oleh orang2 kafir laknatullah.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


4 comments:
syu suke ustaz 2 berceramah.xbosan pun.he3
Hi Syu...baguslah fokus masa ustaz dok ceramah.
dah 2 hari tak nampak Syu!
Sama-sama kita membantu memberikan sumbangan wlupun sedikit.
P/s:Cikgu ingt sy?sya ank murid cikgu masa sy Form 2 dulu, tahun 1999..=)
x fokus jgk.sbb smbl tgk,syu cakap ngan addina.he3
Post a Comment