Saturday, February 28, 2009

Lulu

Ini gambar Lulu pada hari semalam..dia dah sihat, tapi badannya ringan jer..kurus tak macam dulu .. mungkin dia rindu kat Ju kot..he3
Lihat Soyuz...seperti biasa duduk kat atas mesin basuh menemaniku...
sayang soyuz!

Mesyuarat Agung PIBG

Hari ini berlangsung mesyuarat agung pibg smkpb kali ke- 23
Kebetulan angka 23 ini juga merupakan tempoh lamanya aku mengajar di sini!!
dan ini juga merupakan mesyuarat agung pibg yang terakhir aku sebagai seorang guru..
Majlis dimulakan dengan ceramah motivasi bertajuk :Ibu bapa Cemerlang Anak Terbilang yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hamdan Yusi b Yusof,AMP
Tuan Kadi Daerah Kuantan

Friday, February 27, 2009

Pelajar2 3B 2008

Ariff Firdaus

Muhaasin
Semalam Ariff datang jumpa aku, dia beritau yang dia akan ke MRSM Bentong. Aku gembira dan menasihati dia supaya belajar bersungguh2 dan menjadi somebody kelak.
Hari ini pulak, Muhaasin beritau yang dia akan ke SMTeknik Muadzam. Baguslah tu.Pergilah belajar kat mana pun, belajarlah bersungguh2 OK. Cikgu ucapkan Selamat Maju Jaya kepada mereka berdua. Tahun lepas mereka di T3 Bestari. Sorang lagi rakan mereka iaitu Ariff Putera dah sebulan di Royal Military College...dengar cerita dari adiknya dia nangis2 kat sana...ntah nape Si Putera ni...rindu kat mak ke? homesick ke? Tabahkan hati!

Tuesday, February 24, 2009

Mesyuarat Agong Koperasi SM Paya Besar

Hari ini telah diadakan mesyuarat agong koperasi sekolah kami untuk kali ke-13
Ia berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 12.15 tengahari
Perasminya ialah Cik Rozila bt Hj Omar (ex-student SMKPB) selaku Pengawai Ehwal Ekonomi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Negeri Pahang.

Ada cabutan bertuah untuk guru & pelajar
Alhamdullilah! aku berjaya dapat satu hamper.
++++++++++++++++++++++++

Sewaktu aku sedang mengajar kelas 3 B, tiba2 Gie - pembantu makmal - memberitahu ada orang nak jumpaku..
Sape tu?
Pn Rohany bt Saat - sekarang GPK Pentadbiran di SMK Air Putih
dan kemudiannya disusuli pula oleh
Pn Hjh Norasmah bt Abdullah - GPK Pentadbiran SMK Mat Kilau
Mereka berdua adalah kenalan lamaku
Kami sama-sama berkongsi pengalaman sewaktu mengajar di sesi petang di SMKPB
Nostalgia...kami sama2 mengejar / mengepung pelajar supaya ke surau dua kali setiap hari..untuk solat zohor & asar ...
Oops...empat kali jadinya...
Pelajar Tingkatan 1 = 2 kali
Pelajar Tingkatan 2 = 2 kali
Tingkatan 1 + Tingkatan 2 = 25 kelas
Ada satu tahun tu...jumlah pelajar sesi petang melebihi pelajar sesi pagi..
Ketika itu Pn Rohany menjadi Penyelia Petang..
Bayangkan...betapa penatnya kami waktu itu...Kenapa pulak penat?? Apa..ingat tak penat ke mengawal budak2 ini mengerjakan solat..Nak suruh ke surau satu hal, dah sampai di surau nak suruh berwuduk dua hal...mereka main simbah2 airlah, lepas tu nak suruh diam nak mulakan solat dah tiga hal...tengah2 solat ada pula yang tepuk punggung orang kat depan dialah...Aduh!!Aduh..penat sekali dong! Pelajar2 perempuan pulak beri alasan uzurlah...yang peliknya mereka ni uzur memanjang...sebulan gitu...dua bulan gitu..Bila aku nak "check" dia kata tak mandi lagilah,tak ada airlah ...Waduh, waduuh!!
Merepek pulak entri aku kali ini ...he he he
Kepada kedua-dua sahabatku di atas, selamat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin
Tadi mereka datang ke SMKPB untuk Mesyuarat GPK daerah Kuantan.

Sunday, February 22, 2009

Tebang!

Semalam mereka tebang / tebas pokok2 yang kat depan
Pagi ini mereka mengamok lagi..
Habis pokok ceri mereka kerjakan!
Nanti monyet2 tu tak leh ziarah kat pokok ceri tu lagi..padan muka monyet!!
Sejak akhir2 ni, monyet2 tu dah berani datang curi bawang, halia, lengkuas ku..
Ini salah aku juga sebab letakkan semua tu tergantung dalam bakul kat dapur ku yang "open"..
Dan juga monyet2 ini juga akan sepahkan sampah2 yang dalam tong sampah
Mereka lapar...dah habitat mereka habis dimusnahkan oleh manusia..
Bila dah jadi macam ini..kami pun pening jugak dok alihkan pasu2 tu..

Kebetulan kawan kami Hj Yusof & Hjh Hasmah datang dari KT
Kami offerkan pasu tu..
Apa lagi suka sangatlah kak mah yang memang pun bercadang nak pergi beli pasu
Dah rezeki...pokok2 kemboja pelbagai warna pun kami berikan keratannya untuk mereka tanam di sekitar rumah mereka di KT
++++++++++

( Att: Ju )
Hari ini Lulu tak sihat...kesian..
Mulutnya berbuih gitu.


Saturday, February 21, 2009

My Flora...

Hari ini dia orang dah potong, tebas, tebang habis pokok2 ku...
Hu hu hu ... sedih!!
So aku pun kutiplah saki baki yang tinggal tu
Letakkan dalam tempayan antikku..
Dulu..memang inilah kerja rasmi aku
Hias tempayan2ku (20 biji) dengan keratan helikonia rostrata yang sangat ku minati!
Nampaknya lepas ini tak bolehlah hias pentas sekolah masa Hari Anugerah Cemerlang nanti
Harap2 aku diletakkan kat JK yang lainlah pulak!!

Kem Kepimpinan Pelajar

Tarikh: 20-22 Feb 2009
Tempat: Taman Pertanian Indera Mahkota

Petang semalam aku ke sekolah
Saja nak tengok budak2 daftar & naik bas berlepas ke Taman Pertanian untuk Kem Kepimpinan Pelajar yang dikhususkan untuk pengawas, ketua & penolong kelas etc.
Ada yang bawa beg besar macam nak pergi sebulan gitu!
Semoga anak2 didik SMKPB akan menjadi pelajar2 yang berketrampilan.

Friday, February 20, 2009

Fesyen Hari Jumaat...

Hari Jumaat aku sukalah ambik gambar dengan sesiapa yang aku jumpa kat sekolah untuk kenang2an..terutama yang memakai sama warna denganku..
Aku suka sangat tengok Pn Jalilah aka Mrs Jelly berpakaian begini..
I have a deal with her for the coming Buddy-support class!
I have already mentioned to her what I shall do..
And she agreed!
Thanks.
( My Boss overheard my conversation! And she wants to "observe" me..hu3 )

Sunday, February 15, 2009

Hari Merentas Desa 2009

Sabtu 14.02.2009

Hanya gambar2 jer lah..
Malas nak cerita!

Kunjungan dua sahabat..

Pagi ini dua sahabat karib ku berkunjung..
Sebab dah lama mereka tak kemari!


Pn Seri Rahayu akan sama2 bersara denganku bulan mei nanti..
Pn Hjh Fauziah pulak dah jadi Guru Besar kat SK Jabor..tahniah Gee!
Asyik berborak-borak tak sedar masa dah tiga jam berlalu..
Selalunya macam tu lah jika kami bertiga bertemu..
Ni nak tunggu waktu yang sesuai nak pergi rumah Pn Hjh Rosmidah pulak..

Friday, February 13, 2009

Transpirasi

Hari ini aku sangat ceria...
Puas hati dengan budak2 3Bestari..
Selasa lepas ..
aku betul2 marah dengan pelajar2 yang tidak menghiraukan pesanan aku supaya bawa dua botol & diisikan dengan pokok keembong / atau lain2 pokok yang berbatang lembut
untuk buat eksperimen berkaitan dengan faktor2 yang mempengaruhi kadar transpirasi
Tau tak ada pelajar yang main2 dengan aku..
Dia bawak sekuntum bunga plastik!!
Aku marah!
Lepas tu hanya ada dua kumpulan jer yang bawak pesananku tu..geram sungguh aku rasa..
Apa lagi..aku berleter panjang lebar ( in English!)
So sebagai dendanya aku kata hari Jumaat kena buat secara solo..padan muka!
Pastu aku kesian pulak...aku kata bolehlah berduet!
Hari ini aku lihat semua pelajar dapat pulak bawak pokok2 tu..
lengkap dengan botol yang sudah dilabelkan!
Bagus!
Setelah aku "mengamok2" barulah mereka betul2 usaha cari pokok2 tu..
Ada pulak! Hairan jugak aku..
Pelajar2 pun nampak gembira
Aku lagilah GEMBIRA!

Hari Jumaat..
Macam biasa ramai guru yang pakai jubah..
Aku terserempak dengan bos..
Wow..dia pun kata bila dia tengok aku berjubah hitam ni , mengingatkan dia masa pergi menunaikan fardhu haji
Aku kata aku sukalah berabaya pada hari Jumaat
Masa di kantin aku nampak Pn Kamriah pun berjubah hitam
Aku pun suruh Ustaz Jamy tolong tangkap gambar kami berdua
Tengoklah Pn Kamriah tu..ala2 arab gituu...

Monday, February 9, 2009

Sehari di sekolah...

Hari ini 090209
Aku menunggu budak2 3KAA yang tidak mengambil B.Arab
Aku tunggu dekat Taman ni..
Lalu 2 budak 3A ni suruh ambik gambar mereka!
Pelajar yang tidak ambik B.Arab ada seramai 13 orang
Hari ini kami belajar dekat pondok...
Seronok jugak sekali2 duduk kat tempat terbuka macam ni
Udara nyaman..deruan air terjun kat sebelah...
Aku suruh mereka jawab soalan ujian diagnostik 2008 bagi tajuk Transportation in Human and Plants

Habis kelas tu...aku pergi pulak observe guru praktikum, Cik Nurzaitul Hasra mengajar Science kelas 2B di makmal II.
Ni pulak budak2 3D yang ketawa berdekah2 bila aku tunjukkan video2 kelakar!!
Ya lah..kadang2 mereka letih, mengantok dsbnya..
Jadi bila tunjuk benda macam ni..mereka pun segar semula
Yang mengantok dah tak mengantok..
Hah..maklumlah kelas sampai 2.30pm!!

Sunday, February 8, 2009

Limau Purut...

Hari ini D pergi ke pasar tani dekat stadium
untuk membeli pokok limau purut , harganya RM8.
TK D!

Ni lah gunanya daun limau purut tu..
Wat tomyam!

He3..bukan aku buat ni..ni noodle in tomyam soup makan kat secret recipe tadi!

Tiba-tiba nampak dua orang ini ...

Ex-students..Zul & Koon Yun

Tak pasti pulak tahun berapa budak2 ini keluar dari SMKPB

Aku sangat ingat Koon Yun & Yok Meng..dua orang pengawas yang sangat rajin & sangat menghormati guru..masih ku ingat dua orang budak cina ni berbaju melayu & berdikir barat!

Koon Yun ... kamu ingat tak?

Koon Yun baru habis buat MBA kat UUM. Zul masih kat Politeknik.Yok Meng kerja kat US ..kat Hotel Marriot, tapi terlupa pulak nak tanya kat US tu kat mana..he3!

Saturday, February 7, 2009

Limau purut...pergola...gazebo!


Pagi tadi D ajak aku pergi beli pokok limau purut
Dah lama aku dok beritau dia yang aku nak suruh dia beli & tanam semula pokok limau purut
Dulu memang dah tanam & dah selalu petik ambik daun2nya ketika aku masak tomyam dsbnya
Tapi disebabkan kawasan tu telah dibersihkan untuk besarkan dapur dua tahun yang lalu
Pokok limau purut ku dah accidentally terpotong oleh tukang2 yang buat rumah tu..hu3
So kalau nak guna kenalah pergi beli..tapi guna 2, 3 helai jer..pastu yang lain simpan dalam peti & tak berapa lama tu keringlah jawabnya..
Masa on the way tu D ajak tengok pergola & gazebo yang dipamerkan kat kawasan luar Stadium Darul Makmur tu..
Semuanya cantik! semuanya aku berkenan!

Harganya agak hensemlah jugak!!

Kayu cengal yang terpakai dikitar semula
Siap dengan dekonya..
Pelbagai saiz & rekabentuk
Nak yang mana eik?
Eh eh..tak de lah..tengok2 jer

Banyak pilihan

D nampaknya berkenan yang ini...KIV dulu ya!!
******

Destinasi dah sampai..malangnya pokok yang kami cari dah habis dijual!

Kat sini tak jual pokok limau tu..hu3!
Nanti pagi besok nak pergi cari kat pasar minggu kat stadium.

Friday, February 6, 2009

Hari Jumaat

Hari Jumaat..
Sebulan sekali ada bacaan Yasin di Dewan Multaqa sekolah kami
Semoga amalan ini dapat membantu melembutkan hati2 anak didik kami
Tengok..pelajar2 ni suruh ambik gambar mereka dulu, lepas tu barulah mereka nak bergerak ke dewan untuk bacaan Yasin
Izat Izham sempat berposing dengan Cikgu Sabri yang smart berbaju Melayu setiap hari Jumaat

Sebelum tu..pelajar2 membantu guru...

Sebahagian guru2 yang tiba awal..


***********************************************************
Selepas itu aku pusing2 kat Taman Pengawas ni..
Wow! dah siap pun pergola baru
Bertambah cerialah sekolahku..
Semoga sekolah bertambah hebat dari semua aspek!

Wednesday, February 4, 2009

My Stories...

Last Sunday, we went to KMC for the second time
Ju has to see doc for her MC

While waiting for D & Ju come and pick up her form (had to endorsed by the Principal)
I spoke to Pak Cik Baweh..the hardworking school gardener
I was admiring the plants that grow so well now..
Gonna get these plants too!

Later I have got to relief Form 5 C
When I was passing by Form 4 Sak..
Nani called me..telling me that she has got a place in SBPI in Pekan
Well..I wish you all the best..study hard for your bright future.
And
when I went to the office, Fiza called me to have our photographs taken
Why?
Because both of us are wearing red..CNY maa
And when I entered 5 C..I was quite shock to see so many empty seats
Where are they?
They are absent from school...why??
And those that they are in the class..hmm..hardly do any work at all!
What do they do then?
Talking,talking,laughing,talking,walking...bla bla bla...
I advised them to read their books since they will be sitting for their SPM soon
But they just don't bother at all..
So now I know why so many teachers get so mad with these students..
That two girls in Police Cadet uniforms are not from 5C!!
They look very smart and hence I snapped their photo.
At 6pm..I baked this brownie for Rai
She loves brownie so much!
Look at these water brush plants..
I simply love them..have them cut and immersed in a glass of water
There it goes...splendid, lovely!
My greenfingers...well, see my pegaga
Marvel them..I made pegaga juice..but it turn out too bitter to my tastebuds!
Guess because I did not remove the stalk...I forgot about that since I have not prepared this for quite a long time...