Wednesday, April 29, 2009

Kerabu Mangga...


Hari semalam D buat kejutan!!

Bila aku balik dari sekolah dia ajak aku lunch..tapi aku tak sempat - cuma balik kejap hantar Rai

Aku harus ke sekolah semula kerana extra class bermula jam 3.00 petang

D : Jom lah makan nasi, I buat kerabu mangga ni..

Aku: Ye ke?? Apa mimpi nih??

( Diam2 aku tanya Ju...betul ke ayah yang buat - Ju mengesahkan !)

Aku pun mulalah testing sikit...

Wow!! sedaaap. I give an 'A' for that. Lain kali bolehlah buat lagi.

Ini kerabu mangga versi D. Dia letakkan kerisik + santan + ikan panggang + lada hitam...


++++++++++++++++


Hari ini...D nak buat kerabu mangga versi lain pulak!

Tapi D tak jumpa cari fish sauce kat dalam peti tu...

Lain2 bahan dia dah sediakan
So...aku campurkan ramuan2nya:-

Mangga + kacang goreng (tumbuk hancur) + Udang kering (tumbuk jugak) + sos ikan + 2 ulas bawang merah (mayang halus)

Resepi ni banyak senang!! Sedaaap....




Saturday, April 25, 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2008...

Kenape 2008?
Eik??? aku tersilap ke?
Kerana ini sebenarnya pencapaian tahun lepas, tapi majlisnya tahun ini.
+++
Sekilas pandang peristiwa pagi ini...
Sikit jer gambar yang aku ada
Kalau nak tengok banyak, pergi jer kat blog smkpb
Tahniah buat Rai kerana kejayaan itu...must work harder this year OK..
Posing dengan bos pulak cikgu2 ni...aku posing dengan KB Bahasa


Pak Cik Baweh paling bergaya pagi ini..tak pernah tengok dia begitu smart!

Tahniah! Pak Chik Baweh mendapat anugerah pekerja pembersih terbaik...

Dia seorang pekerja yang sangat rajin. Mudah jer aku minta apa2 pertolongan darinya..dia dah lama kat sekolah ni...kiranya dekat2 nak sama lama dengan aku jugak!!

Aku doakan agar tahun ini dia dan isteri akan dapat menunaikan haji...kesian betul kat dia, tahun lepas dia dapat tapi isterinya tak dapat!! macam mana pulak THaji ni?? sape nak jawab??


Sebelum tu, kat luar dewan...tengoklah cerianya budak2 ni...
Sempat jugak berposing sana sini...

Aku amat terharu hari ini...dapat anugerah khas! Rasa nak menitis airmata semasa biodata aku dibacakan...bahagian yang menyatakan pengorbananku ... (biarlah rahsia!)
Terima kasih kepada Pengetua Cemerlang - Pn Hjh Hadijah Gan bt Abdullah
dan
kepada semua guru SMKPB yang memberikan aku sokongan hingga aku bertahan selama 23 tahun di sini...yahoo!

Friday, April 24, 2009

My Dinner Tonite...

Malam ni...no nasi ok! Kita makan sikit2 jer sudahlah...ala ala diet gitu!
Grilled chicken + squid + baked potato + steam asparagus!!
Sotong


My BIL is here ... so call McNa & Faizal to have dinner kat sini
Senang jer...tambah dengan buah2an...kenyang!
( Tunggu orang KL & Shah Alam balik --> buat BBQ )
[ Orang Kemaman nak join marilah!! ]

Tetamu Jemputan Umrah...

Hari semalam aku menerima dua hadiah yang cantik ni...
Sungguh terharu rasanya
dan juga rasa malu
kenape??
Kerana tidak menyediakan apa2 pun untuk diberikan kepada dua orang guru praktikum ni..
Sebenarnya aku dah suruh suami tolongkan belikan kain...tetapi suami kata tak boleh pergi ke bandar kerana jem...bukan jem nenas, jem strawberi ke...tetapi ada lumba basikal ape tah..
So, lewat petang aku pun pergi dengan suami.

Kedai mana lagi aku pergi kalau tak ke kedai di atas!!

Tetiba...aku ternampak wajah yang aku rasa pernah tengok

Kat mana eik??

Dengan selamba aku pergi tanya orang itu...

Aku: Encik ni..pernah keluar kat Astro Oasis kann??

Dia: Ya saya

Aku: Maaf , saya terlupa nampak encik. Nama encik?

Dia: Saya Rosli.. ( dia tersenyum ). Isteri saya ada kat dalam tu..( sambil menunjukkan ke arah isterinya yang sedang sibok memilih kain )

Aku: Boleh saya ambik gambar?

Dia: ( Hanya senyum tanda setuju !!)


Encik Rosli bersama tiga orang anaknya. Beliau adalah pemenang Jemputan Umrah musim yang lalu. Beliau ke Tanah Suci bersama-sama dengan ibu mertuanya yang berasal dari Felda Neram.

( Pendapat aku : Beliau seorang yang lembut hati...jangan tanya kenape ye...aku tahulah!! )

Thursday, April 23, 2009

Guru Praktikum Sains

Hari ini Kelab Staff mengadakan sedikit makan2 buat guru-guru praktikum upsi yang akan tamat latihan praktikum mereka esok...
Hmm..sedih jugak rasanya...terutamanya kepada dua orang anak yang mana aku adalah guru pembimbing mereka.
[ anak = sebab mereka sebaya dengan anak nombor 6 ku!! ]
Terharu bila terima hadiah kenangan dari Hasra

Ini pulak hadiah kenangan dari Nadia

Terkejut aku..budak2 ni buat sendiri lukisan batik tu..terror cikgu sains ni!
Terima kasih Hasra & Nadia.


Mama ucapkan Selamat Maju Jaya buat kalian.
TQ for everything.


Wednesday, April 22, 2009

Selamat Hari Lahir ...

::22 April 2009::
Selamat Hari Lahir buat anakku Zarina
Semoga sentiasa mendapat rahmat Ilahi
Dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat

Thursday, April 16, 2009

Tahniah buat Ju...

Malam ini...ni lah dinner aku, Rai & E
DD ( Darling Din!!) tak makan...wah! break record kerana tak dinner...
Tapi kann...makan jagung rebus --> 3 ketul + +
Kira rekod jugak sebab tak makan nasi!!


And I eat a lot of these...papaya, my favourite fruit

Eh eh eh ... title tu tak kena dengan posting ni?
Salah ke? Tentu cikgu BM marah ni...
++++++
TO JU..
CONGRATULATIONS
I AM SURE YOU PASS WITH FLYING COLOURS..


( And we at home had a celebration just now - with the above servings )

Wednesday, April 15, 2009

Sijil Berhenti Sekolah...

Setelah 2 hari MC, aku pun pergilah jumpa Pengetua hari ini
Tujuan aku nak tanya perihal suaminya...sebab hari tu suaminya masuk CCU
Dah OK..Alhamdullilah, nanti dia kena gi IJN kat Serdang
( Eh Linda - OkidOpah..ada ke IJN kat situ?)
Setelah mendengar cerita ceriti Pengetua...bla bla bla...
Aku pun cerita ceriti perihal aku tak pergi sekolah dua hari tu...
Apa sakit??
Oh! Pening...kepala pening...pusing pusing pusing hingga muntah & muntah & muntah
Itulah penyakit yang aku warisi dari kedua arwah ibubapaku..hu hu hu..
Kali ini hingga dua jam aku dok dalam toilet...penat giler
Tak boleh buka mata
Bila buka mata jer - pusing2 & muntah
So,
Tutup mata..tapi camne nak keluar toilet pulak?
So,
Buka mata
.
.
.
P e n i n g & P u s i n g 2
.
.
.
Akhirnya...selepas 2 jam aku berjaya keluar dari toilet & cepat2 rebahkan badanku atas katil
Baring
Baring
Baring
Boring
Boring
Boring
.
.
.
Dah cerita pasal pening2 ni..tak mau pening2 lagi
So, masa jumpa pengetua pagi tadi
Dia bagi Sijil Berhenti Sekolah ke aku!!!
Oh tidaaaaaaaak..aku diberhentikan sekolah..
Tak caya?


Inilah Sijil yang aku dapat hari ini
Aku akan berhenti sekolah pada 18 Mei 2009
Sedih!

Thursday, April 9, 2009

Dalam Kenangan...

::9 April 2008::
Setahun telah berlalu...
Kehilangan yang masih kini terasa
Kembalinya ke Rahmatullah bonda nan tercinta...
Doa anakanda agar bonda tenang di sana
-Al-Fatihah-

Tuesday, April 7, 2009

Piza sempoi...

Malam tadi buat piza sempoi...sangat sempoi sebab sangatlah expressnye dah siap
Sapukan sos spaghetti ke atas roti...suka hatilah roti apa nak guna..
Letakkan mixed vege, sosej & taburkan cheese...juga oregano kalau sukalah..

Masukkan ke dalam oven kira2 10 minit...dah pun siap
Habis anak2 ku makan..sedap..tambahlah sos cili ke, sos tomato ke..cubalah buat!

Sunday, April 5, 2009

Frangipani

Sudah 4 tahun pokok ini ditanam...baru sekarang aku nampak tumbesarannya. selama ni kami tak begitu ambik berat kesihatan pokok ni...vitamin ke, mineral ke tak cukup. air memang cukup. cahaya matahari cukup..so ada photosynthesis berlaku...so tak mati tapi tak subur. happy sangat tengok kesemua enam pokok yang kami beli & tanam tu mulai menunjukkan increment in growth. bau bunga2 ni sangat harum! kami ada species warna putih+kuning ( Hawaian species), ada merah, ada rainbow colours...i m so happy bila tengok bunga2 ini.
so therapeutic...