Lewat pagi semalam, saya dikunjungi tetamu istimewa iaitu Pn Haniliza bt Sulaiman, rakan semasa di SMKPB dan sekarang merupakan GPK Pentadbiran di SMKB Rangin.
Beliau datang untuk bertemu mata dengan saya kerana beliau tidak dapat hadir untuk jemputan makan pada tengahari itu. Beliau terpaksa menguruskan anaknya sebelum beliau akan ke Mekah untuk menunaikan umrah. Di saat ini beliau tentu berada di dalam pesawat menuju ke Kota Madinah Al-Munawarrah.
Kepada Hani, Kak Nab doakan agar Hani & suami dapat menunaikan ibadah umrah dengan penuh kekusyukan. Insya Allah, nanti akan tertunailah pula hasrat Hani untuk menunaikan ibadah haji.
Selamat pergi & selamat kembali.
++++
Kak Nab juga nak ucapkan selamat menunaikan umrah kepada Pn Junaidah Jalil & suami.
Yang menyentuh hatiku..bila Bob, monitor 3B serahkan satu bakul yang cantik berisi
sepasang telekung sulaman dari Indonesia dan juga sehelai sejadah..Bob beritahu itu adalah pemberian ibunya kepadaku. Terima kasih banyak kepada ibu Bob..walaupun kami tak pernah mengenali antara satu sama lain. Terasa diri ini dihargai ...nikmat dari Allah SWT. Amin!
Yang ini pula telekung pemberian Uztazah Pn Noraihan. Beliau belajar menyulam..dan menyiapkan telekung ini khas buat diriku. Aku rasa diriku disayangi! Alhamdullilah! Ini juga nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepadaku.