Saturday, June 27, 2009

Umi's Place


Hari ini kami ke Kemaman...ada meeting dengan my sisters, brother & BIL
Meeting...he he he ...ya lah makan-makan!!
My sis Emah datang all the way from BA, KL dengan masakan specialnya.. kuah laksa
Actually hari itu dia baca posting yang aku dok kata terliur laksa terengganu..kuah merah!
Nah..hari ini dah boleh makan...TQ sis :)

++++
Eh eh eh...tengok ni sape pulak?

Eh eh...sape ni...tetiba masuk rumah dengan beg plastik besar berisikan kerepek2..
He3...my sis Emah...ingatkan penjual kerepek!
Just joking...thanks for the kerepek.

+++
Demam Transformer
Susah jugak...ya lah si budak kecik ni dengan transformers nya...emaknya tak tau nak transformkan ke bentuk yang dia mau...instructions pulak tak ada...haru dibuatnya!!

Kat rumah aku pun ada jugak bebudak yang dewasa bermain-main dengan transformers!
Nasib baik mereka tak suruh aku transformkan macam yang Akid dok suruh mamanya buat tu
Kalau tidak mau aku pening!!

+++
On the way balik ke Kuantan...mestilah beli keropok


+++
Lewat petang kami dikunjungi pula oleh pasangan bahagia
Tn Hj Zaharudin & Pn Hjh Fauziah
Tak lama lagi mereka akan ke Sydney
Zahar akan berkhidmat di MSD di sana...manakala Gie mestilah mengikuti suaminya ke sana!
Selamat berangkat...hopefully KN boleh ziarah Gie kat sana!!

Friday, June 26, 2009

Pemberian teman2



Isnin lepas sewaktu hi-tea
Aku menerima hadiah2 ini...
Di atas ole-ole dari Vietnam hadiah dari Pn Mariana...TK


Ini pulak pemberian Pn Haniliza yang baru pulang dari Makkah...TK!

Sebelum tu, Rai ada membawa pulang celak dari Makkah pemberian Pn Junaidah yang jugak baru pulang dari mengerjakan umrah...jugak TK di atas ingatan itu.

Walaupun dah tidak "bersekolah", tapi ingatan kalian terhadapku masih bersemi
Aku terharu!!

Monday, June 22, 2009

Pertemuan


Petang tadi telah berlangsung pertemuan kami guru2 sains & matematik
Aku antara orang yang diraikan...lagi!
Majlis minum petang sambil santai2 ini juga untuk meraikan Pn Halimah yang akan berangkat ke Doha, Qatar minggu depan...ikut suaminya yang bekerja di sana
Semoga Halimah akan berbahagia di samping suami.
Juga diraikan ialah Cik Aqilah yang akan melanjutkan pengajian di UPSI
Aqilah ni dulu anak murid aku...jadi guru sementara kat SMKPB...
Selamat belajar!

Turut hadir ialah Pn Haniliza mantan KB Matematik & Sains
Beliau sekarang ialah GPK Pentadbiran SMKBR
Aku disuruh memberi ucapan...sepatah dua kata
Aku tak ada nak ucap apa..
Mereka nak tau apa aku buat kat rumah bila dah bersara ni...
Kepada semua yang hadir aku menghargai kalian
Apalagi yang bukan guru sains / maths pun turut hadir
Pn Junaidah (GC), Pn Sh Radziah (KB) & Pn Mariana (Eng) ... turut memeriahkan majlis
Pertemuan ini sungguh mengembirakan aku setelah sebulan aku bersara
Aku dapat bertemu dengan beberapa rakanku
Sedikit sebanyak dapat melepaskan kerinduanku.
( PS: Ingat nak gi sekolah...)

Saturday, June 20, 2009

Terima Kasih Azli & Uncle


The Two Famous Bloggers in Makkah



Terima Kasih Azli & Uncle


:: Famous Two ::
These two guys are very famous and popular to our fellow bloggers
If not to others...but to me they are frequently visited
Almost everyday I shall peep at their blogs...
Azli with his latest updates...snapshots here and there around Mecca and Medina too...
While Uncle is always full of humour in his entries
Uncle's who is married to Wakana is a jovial one
And he is so good in recalling those childhood memories...
He could make me laugh at times
So...to Uncle and Azli..this special entry is dedicated to both of you
Who have always cheer up my day because I always look forward to see Mecca and to read the latest happenings around there...
Hence...my special thanks to both of you
May Allah Bless you.

( PS: Uncle & Azli...jangan marah ya dengan gambar2 tu :)

Terliur



Pagi ini kami pergi sarapan...makan roti canai
D pulak cancel order...eh silap...order lagi satu ... nasi beriani
Pulak dah...aku terliur jugak
Bukan apa...aku dok terbayang2 nasi mandi ayam kat blog uncle, linda, azli, lutfi...hu3!

Tak pe lah...aku tak dapat mandi pun
Aku bungkus nasi beriani ni pun cukuplah!
Bersyukur dengan apa yang ada...

Uncle/Azli/Lutfi...apa macam...ada sama ka dia punya rasa??
Sikit2 sama...OK lah tu kann.

( PS: Tunggu Linda punya resepi...)
Ju...janganlah pulak terliur ye!

Milo



Milo...nama kucingku

Tengok...selesanya tempat baring2nya
Atas pokok birdnest aku...
Haiyaaa...abis losak woa punyer pokok!


Nasib baik aku dah tak berapa "heran" sangat dengan pokok2 ni...kalau tidak...Oh tidak!!

Thursday, June 18, 2009

Koleksi


Barang2 lama peninggalan arwah ibuku
Amat berharga buat diriku...aku sayang
Lihat! aku display tu...
Masa kecik2 dulu..kena tolong Che ( panggilan aku kpd arwah ibu )
Aku tolong kisarkan beras jika Che nak buat lompat tikam ker, laksam ker...
Masakan Che tersangat sedap bagi kami semua...tiada tandingan
Hingga ke hari ini sambal belacannya tak boleh ku tiru..walaupun dah ikut langkah demi langkah! Orang kata "air tangan" !!
Mak mentua (ke tok tua !!) kata nasi dagang Che sangat sedap..
Hu hu hu...aku tak pandai masak macam Che!
Adik lelaki ku..Pok Dol.. pulak pandai guna batu giling tu..
Dia selalu tolong Che giling lada kering...giling rempah2..
Kalau Che nak masak gulai ayam...Pok Dol lah yang tukang giling rempah...dia amat teliti
Kini...semuanya tinggal kenangan
+++
Kegemaranku kini mengumpul tempayan lama
Jika D pergi ke kampung2 ... dan dia nampak ada tempayan kat bawah rumah orang...dia pergi tanya samada orang itu nak jual ke tidak...
Orang2 kampung kat Besut...mereka tak heran pun dengan benda2 buruk ni..
Ada sekali tu D beli dengan harga RM15 jer sebiji!
Aku tengok kat satu kedai di Kuantan ini dia jual RM250!!! Sama dengan yang D belikan!!
Ada jugak yang D ambik kat bawah rumah mak dia...kat rumah sepupu dia di KB
Ada juga kawanku...Jaiton...berikan aku 2 biji...dia ambik bawah rumah mak dia kat kampungnya .. Lepar? Lipis? Eh..tak ingat pula

Sekarang ini aku ada 25 biji tempayan buruk...inilah hartaku!
Aku sepah2kan sana sini...

Tempayan naga ..aku ada sebiji ajer..
Ada sape2 yang nak buang tempayan?
Baru2 ni aku dapat hadiah tempayan teramat istimewa..pemberian Pn Sh Radziah
Yang tu..aku letak kat ruang tamu!

Wednesday, June 17, 2009

Tetamu


Mereka bertiga datang "menjenguk" aku!!
Sebab hari semalam aku telefon G .. cakap aku tak dapat pergi ke sekolah hantar maklumat yang mereka mau...mengenai Taman Herba tu...bos suruh dia oarng pulak tulis nama2 herba serta khasiat2nya...macam yang aku pernah buat suatu masa dulu! Hah..lega aku dah tak payah buat semua tu lagi...
Semalam aku teringin benar hendak ke sekolah...sambil2 hantar kertas tu..aku boleh jumpa kawan2, pelajar2, Comel...
Tapi...tetiba aku rasa macam keluar bintang2 pulak kat mata aku nih...sah aku low BP!!
Mereka pun datanglah...nak pulak dok kat pondok ni bergambar...walaupun panas!
Aku sangat rapat dengan pembantu2 makmal ku ini
Mereka sangat ringan tulang dengan aku...
Semoga hubungan kita berpanjangan.

Monday, June 15, 2009

Ju kirim...


Semalam kami berbual-bual video dengan Ju. Dia kata ada masaalah dengan YM dia..so dia try Skype for the first time. So kami semua pun mulalah buat account skype...senang, mudah, easy..murah...lama kita orang borak2. Ju tunjukkan rumah dia, bilik dia dengan menggunakan web-cam. Pastu dia cuba hantar gambar pulak...berjaya but a bit slow. So hantar dua gambar je lah.

Ju kata ini kat area rumah dia.

Sunday, June 14, 2009

Macam-macam


Lulu

Mungkin Lulu dok fikir...mana pergi McJu

+++

Ini laksa "plastik" yang D makan kat KLIA hari tu...tak sedap langsung

Tadi kami pergi Giant..terjumpa biskut ini...besar tau!
Agak2nya apa nama biskut ni?

+++
Ini laptop baru kami
On the left E punya
On the right aku punya
Dua2 tu sama jer...
Satu beli kat Low Yat KL...satu lagi beli kat Kuantan
Same price! Wat letih jer gi KL..
Aku punya tu..window vista...kureng pandai dong..nak kena belajar

Sekarang ni dok fikir...nak gi tukar ke window xp...kena bayar RM45 dan kena tunggu 2 jam
Atau biar jer window vista tu...belajar benda baru

Saturday, June 13, 2009

...dok teringat...


Tetiba chat dengan Arif Putera tadi
Dia pelawa gi cc...ada laksa utara special...mak dia yang masak
Suruh dia deliver...oops sorry...hujan
So melepaslah..
Ni ...dok teringat kat laksa trengganu...kuah masak tu...yang merah tu...kat kuantan ni mana ada! meleleh air liur...
sekarang ni..laksa plastik banyak laa...hu hu hu!
.
.
.
kerepok lekor...SEBERANG TAKIR
.
.
rojok kateh...PASAR LOSONG
.
.
pulut lepa ... LADANG
.
.
nasi dagang trengganu ... pasir panjang
.
.
tat nenas...tradisional punyer!...pasar KEDAI PAYANG
.
.
dan
.
.
macam2 lagilah...
.
.
ikan celup tepung...KAT PANTAI BATU BURUK
.
.
rojok betik...ARWAH CHIK
.
.
sudahlah....mengarut tak tentu pasal ni!!

...my new laptop


I have been waiting for my new laptop for quite sometime. Yesterday I had it. D went to Low Yatt to get it for me. So now I am adjusting myself to get use to this new device! There are a few new items that I need to learn...and slowly but surely I am getting into it.

Wednesday, June 10, 2009

To Ju With Love..


Tadi Ju dah msg..dia dah sampai kat London
Syukur Alhamdullilah..dah selamat sampai & menunggu untuk transit ke Glasgow
Entry ni khas untuk Ju lihat gambar2 yang Ja shot yesterday & last nite..

Antara yang turut berada di KLIA malam tadi..
Thank you very much to everyone of you! Love you all.
Ju and her friends
Dengar briefing..ke lecture!

Bye-bye
Wish you all the very best in pursuing your studies
Do take care..I love you
The smiling faces of all the 38 JPA scholars who left to continue their studies in Strathclyde University, Glasgow, Scotland.

..to KLIA ..


Kami mula keluar dari rumah along kira2 jam 3.00ptg
Naik LRT dari PJ ke Bandar Tasik Selatan
Dari sini kami naiki ERL to KLIA
Ju tersenyum gembira..beg besar..tapi tak lah berat sangat..23kg sahaja
Nasib baik ada "3 orang2" itu yang membantu mengangkat beg itu..
Orang2 itu ialah Yusof, E & Mie
Thank you very very much especially to Yusof!




Perjalanan mengambil masa 24 minit sahaja..sungguh cepat dan selesa.
Kami lepak2 kat KLIA sementara menunggu masa untuk urusan seterusnya.

Makan-makan kat JJ


Ini merupakan makan2 untuk meraikan Ju..
Kiranya kami semua ada..kecuali Nina yang tak dapat bersama2 kerana faktor kerja

Makan2..
Sambil santai2..



Aku sangatlah gembira bila berpeluang bersama anak2 untuk keluar jalan2..makan2..shopping2 sikit..

Tuesday, June 9, 2009

Cuti-Cuti...


:: 8 Jun 2009 ::


Kami ke KL lagi. Minggu lepas kami dah pergi..untuk memberi peluang anak2 "mencari" barang2 yang mereka mahu beli. Alhamdulillah! masing2 gembira dapat apa yang dicari.


Kali ini kami datang untuk menghantar Ju yang akan terbang ke Glasgow, Scotland esok malam.

Ada sedikit masa untuk kami jalan2 & makan2 di JJ Taman Maluri.

Saturday, June 6, 2009

Pokok


Kerja-kerja menanam pokok dilakukan oleh D
Pokok2 buluh dah siap ditanam..fuuuh! penat D buat ni semua..ambik masa dua hari!!
D terpaksa galikan tiga lubang..dia buat sendiri..

Pokok frangipani ni pulak dah ditanam kira-kira tiga tahun yang lalu..tapi tak membesar!
Sebab? Sebab tak letak baja..tak belai pokok2 tu..so dia tak mau tumbuh sebab tuan dia tak layan dia dengan baik..kah3!

Jadi sekarang ni dah mula usik2 pokok tu..belai2 gitu..
"Cakap2" dengan pokok..apa?? Ada ke orang lain buat macam tu?
Eh! dulu masa ada pokok yang banyaaaak tu..aku selalu bagi sentuhan kat pokok2
Selalu "cakap" kat pokok .. macam2 aku cakap! Biar betul..eh eh memang betul..
Dan ianya mengesankan! Cuba try test kalau tak caya..

Main


Sekarang adalah masa yang sesuai untuk main-main
Maklumlah cuti sekolah..cuti semester..cuti-cuti malaysialah..
Lihatlah..betapa riang budak & budak2 dewasa ini main-main
Lompat-lompat..bounce bola..duduk-duduk..
Cantik!
Apa yang cantik??
"Tiang gol"..kah3
Lama sangat dok tunggu tempahan tiang gol siap..so, gunalah yang ini buat sementara!


Dua budak lelaki ini sangat suka main table-tennis
Dua jam..tiga jam..sampai berpeluh-peluh

Eh eh..awat dok berebut bola tu??

Main..main..jangan main-main!

Friday, June 5, 2009

Hari itu & Hari ini


Hari itu semasa kami ke KL
Aku seperti biasa hanya ke Sogo dengan suami
Nape? Sebab senang nak pergi..tak payah jalan jauh2
Sekarang ni malas sikit..dah tak ada tenaga nak jalan sana sini..
Dah berumur..tau pun!!
+++

Hari ini
Mood rajin memasak..anak2 semua ada kat umah
Kecuali yang dah kahwin..
Tapi McNa ada datang tengahari tadi!
Dah lama tak buat muffin..tapi tak begitu dapat sambutanlah
Sebab? Mereka lebih gemar vanilla muffin
Dan aku buat blueberry muffin..my favourite!

+++

Petang pula tengok anak2 beriadah..
Aku pulak..tengok pokok2 yang tinggal beberapa jer tu..jadilah
Dah tak larat nak jaga pokok2 sebanyak dulu..
Dulu...ambik masa 40 minit untuk siramkan semua pokok!
Sekarang..letak jer tempayan sana sini untuk gantikan pokok!

Makan-makan


Malam itu kami berlima ke Restoren Yala III, berdekatan dengan Tunas Manja Sg Isap


Makanannya biasa saja..harganya pun biasa jugak
Layanan kureng memuaskan!

Thursday, June 4, 2009

My Special Guests


Besanku..Hjh Rokiah pun turut hadir pada malam Solat Hajat hari itu. Beliau datang bersama Nina & Faizal yang pulang dari Dungun lewat petang setelah habis kerja.
Adikku Umi datang dari jauh untuk memenuhi undangan..lepas tu jam 11.00 malam pulang ke Kemaman kerana esok paginya suami dia ada gotong royong yang harus dihadiri.

Terima kasih Mie!

Monday, June 1, 2009

Jamuan


Kepenatan!
++++
Yang diraikan...


::28 Mei 2009::

Kedatangan sahabat2 ke rumahku untuk makan tengahari
Termasuklah pelajar2 kelas 3KAA + beberapa orang lagi

Tak lupa kakitangan makmal yang sentiasa membantu aku
Juga gadis2 manis ini..

Makan berselerak..di merata-rata!
Pilih tempat nak duduk kat mana!

Kat dapur atau kat gazebo...


Seronok aku lihat mereka menjamu selera
Dek kesibukan melayan tetamu-tetamu
Aku sungguh terkilan!
Tak berkesempatan ambik gambar semua sahabat aku
Gambar Pengetua pun tak ada
Apa lagi gambar dengan Ayu, Rosmidah & Gee!!
Apa pun..terima kasih aku ucapkan buat semua yang sudi datang memenuhi undangan
Panjang umur..ada rezeki..kalian ku undang lagi..Insya Allah.

About Me

My Photo
hajah zainab bt abdullah
former science teacher. have 7 children age 14 - 32 yrs.
View my complete profile
 

....my stories.... Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez