Thursday, July 30, 2009

Dari Doha...


Pagi2 hari aku dan Halimah berYM...serius pepagi...!!
Halimah bangun sahur waktu tu...dia nampak aku
Aku nampak dia...
so kami berbual2 mesra..heh3
Aku suruh Halimah hantar gambar kat aku...
Halimah tak tau yang aku nak letak kat sini!!
Halimah cakap...dia ingat kat sekolah...adus!
Aku?
Aku pun ingat kat sekolah jugak! Tapi tak berkesempatan nak ke sekolah ...
Malu weh...nanti bebudak tu shout kat aku!!

..Lulu..


Lulu: Eh eh...cam kenal jer! Aku kah itu?? Ye ye...aku masuk blog!!

Aku : Tau tak per...kalau nak masuk blog, posing elok2...nun, orang kat uk tu dok tanya pasal awak.
Lulu: Hei mamarazi...ambiklah gambar kite kat sini. pepagi ni elok makan ulam2an tau..itu pasal saya nampak muda...heh3!!

+++

Soyuz suka menyibuk jugak...tengok tu, dia minum air kat dalam pasu tu. kalau kau sakit perut aku tak tau...


Lulu...where are you??


Lulu: Kite kat sini...bosan betul! dah habis2 dok klik klik klik...!!

Wednesday, July 29, 2009

Aksi kucing!


Kiki: Jom masuk!

Soyuz : Camner nak masuk...tak dak space dah...


[ Soyuz kuis-kuis kakinya ]


Kiki: Best gak dok dalam ni...dah banyak kali aku masuk kat sini.


Kiki : Nape lah asyik dok klik klik kat aku!!

Monday, July 27, 2009

Tetamu


Lewat petang semalam, kami dikunjungi tetamu...
Pn Hajah Rosnah ( dulu my Pengetua! ) & Tn Hj Osman
Sekarang ni mereka dah jadi jiran kami.

Tn Hj Osman & Hajah tak mau masuk dalam rumah, mereka nak duduk kat pondok ni jer!

Sebenarnya Hajah dok usha Haji beli gazebo macam kami punya
Tapi Haji kata dia nak buat sendiri...dia ada bakat dalam pertukangan!
So...aku dok dengar jer lah mereka berdua dok berdiskusi
Hajah memang nak gi beli jer yang macam aku punya...berkenan sangat dia...
senang cerita...tak payah susah payah bertukang..
Beli...bayar...angkut...letak kat laman rumah...dah beres!

So, aku pun suggest....beli satu...Hajah punya
Buat sendiri satu....Haji punya!!!
( Pandai aku !! )

Kami hidangkan mereka dengan buah2an tempatan yang baru kami petik...
Kat dusun kami...
Kat Pasar Kedai Payang!!
( Buah tunjuk!!...Hj Osman kata...eh! aku ingatkan kuih jer tunjuk! rupanya buah pun tunjuk jugak!! kakakah.... )

Rindu


Kerinduan kami sedikit terubat...
Semalam di Kuala Terengganu...hatiku tak jemu..(cewah! ini lirik lagu)
Kebetulan D ada hal ...so, aku pun tumpang sekaki...dah lama benar tak ke KT

Usai tugasannya...kami ke pasar
klik sana klik sini





Cantik view dari Bukit Puteri

Petang jam 5 kami dah berada di rumah!

Saturday, July 25, 2009

Testing...


Lulu sedang membersihkan dirinya

Socky mengasahkan kuku!

Tam ... santai-santai

Sedang berbicara...apa nak buat ni...rasa boring!

Kiki : Mana ada masa nak boring...banyak benda nak kena buat...

++++
Testing...testing lagi...


Itu testing...testing ...Ada faham ke?? Hah3!!

Friday, July 24, 2009

Riadah!


Lihat...Lihat...Lihat
Tengok...Tengok...Tengok
Look n see!!

My D dok tengah tengok2 yang mana nak pilih...
Pilih ... pastu kira berapa keping nak beli!
Pastu...belilah apa lagi..
Pilih pulak stepping stone yang saiz mana nak...berapa keping...etc etc..
Birdnest!! Once it was my favourite plant...I had plenty of these plants ... more than fifty (OMG!!)...tiny, small, large,larger and largest ( 6 feet in diameter! do you believe me? )
Tengok2 jer pun aku sudah puas...I always love plants...tapi nak jaga plants sekarang .... hmm...you know me!!

Riadah! ni lah riadah kami! Letih jugak...berpeluh-peluh...
Mana Si Akif...dia kata nak bantu mak cik Nab & pak cik Din!!

Akhirnya...siaplah sebahagian kerja-kerja kami...
Banyak lagi nak kena buat...!!

Thursday, July 23, 2009

Selamat Jalan...


Pagi tadi aku & Ayu ke rumah sahabat kami Pn Hjh Fauziah
Ziarah dia & famili, mereka akan ke Australia untuk beberapa tahun
Suami dia akan bertugas di Sydney

Suami Gee sibok menjawab panggilan2 daripada sahabat handai
Sempat posing dengan Pn Seri Rahayu!!
Ini cenderahati yang Gee bagi...selalu sangat aku terima hadiah dari Gee...pelbagai jenis!!
TQ so much.
Semoga perjalanan & segala urusan Gee dipermudahkanNya. Amin!

Monday, July 20, 2009

Syukur


Ketika di Pekan Baru, Riau, Indonesia baru2 ini...
Penduduk di sini mengalami gangguan bekalan elektrik semenjak tiga empat bulan yang lalu.Bekalan elektrik dicatu...tiga jam ada...kemudian tiga jam tak ada!
Bekalan elektrik pula disalurkan secara bergilir-gilir...jika kawasan A ada bekalan elektrik, kawasan B tak ada.
Kebetulan pulak malam itu kami ke rumah ustaz untuk makan malam. Jadi makan malam dalam suasana romantik gitu...candle-lit dinner! Tapi masakan Teti sangat sedap!

Sebelum makan, bergambar dengan anak dara ustaz.

Ustaz dah tak sabar nak makan...tunggu dulu, banyak lagi lauk2 yang belum dihidangkan!
Walaupun keadaan yang kurang selesa...gelap...panas...tapi suamiku makan dengan berselera..tambah nasi lagi!

+++
Malam yang kedua baru jumpa anak sulung ustaz ni...Ilham..dulu aku pernah mengajar dia sekejap semasa dia tingkatan satu di SMKPB. Dah tinggi budak ni. Sekarang cuti kat sana, jadi dia kerja kat restoren untuk kumpul duit...nak beli laptop katanya.
Apa yang aku rasakan...aku teramat bersyukur dengan kehidupanku di Bumi Malaysia ini.
+++
Apa yang aku tau ... ustaz & Teti sentiasa mendoakan kami sekeluarga!
Semoga kami dimurahkan rezeki
Semoga kami diberikan kesihatan yang baik
Amin!

Aku ingin ke sana lagi di lain masa...Insya Allah!

Ziarah sahabat


Tengahari tadi aku ke HTAA untuk ziarah Pn Hjh Noraini bt Jalil. Dah seminggu dia di hospital. Aku terima mesej yang dihantar Datin Hjh Fauziah semasa aku berada di Indonesia, memberitahu berita tentang Ani. Kemudiannya, semasa aku di KLIA..aku baca entri tentangnya dalam blog Nita.
Setibanya aku di hospital, aku dapati Pn Hjh Hatijah Gan, Pn Hjh Kamriah & Ustazah Pn Hjh Normah telah berada di sana. Aku amat terkejut melihat Ani...tersangatlah kurus!
Ani memeluk aku sambil menangis...aku pun terharu tapi aku kontrol..supaya memberi semangat kepadanya. Pn Hjh Noraini disahkan mengalami paru-paru berair & ketiadaan protein di dalam badan. Doktor mengeluarkan cecair dari badannya untuk mengurang air dalam peparunya. Aku berdoa agar Ani tabah menghadapi dugaan ini. Sebenarnya, telah banyak ujian yang telah di hadapi oleh Ani & suaminya. Dia menceritakan yang dia kehilangan dua orang anak yang masih kecil dalam sela masa lima bulan! Begitu berat dugaannya...dan Allah memilih hamba2Nya untuk diuji. Sebenarnya, bila kita diuji..kita akan menjadi lebih hampir kepadaNya. Sama2lah kita berdoa semoga Allah menyembuhkan dia.

Sunday, July 19, 2009

Dari KLIA...


Aku, suami, E & Rai sekarang ini berada di KLIA, gate A7 menunggu untuk boarding ke Kuantan.

Tadi, semasa di kaunter keselamatan..ada seseorang menegur...dia kata cam kenal dengan aku! Oh! rupanya dia adalah bekas pelajar SMKPB. Sempat pulak aku posing dengan dia.


Flight jam 5.45 ptg...so ada masa untuk baca2 blog!
D sedang membaca Utusan.

Aku dok balas e-mail.

Baca msg & hantar msg...
Nak jugak posing macam orang lain dok buat tu...!!

Saturday, July 18, 2009

Sehari di Pekan Baru


Cerita sikit2 jer...

Ustaz Kholil menunggu kami di airport.
Teti & Najwa semasa menghantar kami check in kat Hotel Aston
Pagi tadi kami jalan2 ...sekali lagi ke kedai Emy, di Ramayana untuk membeli telekung.

Enggak bisa naik bajaj sebab keadaan cuaca yang amat berjerebu,,,pencemaran udara agak serius! Lalu kami menaiki bas metro untuk ronda2 bandar ini. Dengan bayaran Rp3000 kami dibawa entah ke mana2....perkhidmatan bas berhawa dingin ini selesa dan kami mendapat tahu bas ini baru beroperasi lapan bulan yang lalu.Tambangnya murah sekali!
Tak disangka2 semasa bas membawa kami , entah ke mana...tapi kalau tengok kat bas tertulis laluannya ialan Pandau - Pelita Dalam....aku terjumpa tuan punya kedai telekung... Emy! Patutlah cam kenal jer...sebab hari semalam aku dah ke kedainya.

( Gambar2 kurang bagus...sebab guna kamera cap ayam! )

D di dalam kenderaan yang dipanggil angkut...kami ke pasar buah.

Inilah angkut! (Lihat tulisan ANU!)


Entah kenape jadinya ni...susah sangat nak upload gambar. Cukuplah ...bosan giler!!

Pekan Baru



Dari Pekan Baru

Semalam tiba di Pekan Baru setelah penerbangan Air Asia delay lebih kurang 1 jam. Setibanya kami di Lapangan Terbang Sultan Syariff Kasim, kami dijemput oleh ustaz Kholil dan langsung ke rumahnya. D sempat pergi solat Jumaat di masjid yang berhampiran dengan rumah ustaz.
Kemudiannya kami makan tengahari. Teti, isteri ustaz pandai masak! Masakannya enak sekali.
Petangnya kami check in Hotel Aston, di Pekan Baru ini. Alhamdullilah, ada internet kat sini...dapatlah YM dengan anak2 & juga Halimah yg dok kat Doha tu.
Lewat petang, kami ronda2 kat Ramayana...beli telekung jer...Entah! nape pulak tak terliur nak beli belah...kah2 - pelik ni!!

*Kebetulan pulak hari ini Jakarta digegarkan dengan pengeboman Hotel JW Marriot & Rizt Carlton...maka TV kat sini memanjanglah dok news tentang ini jer! Insya Allah hotel aku menginap ni selamat...3 bintang jer & tak famous!!


Thursday, July 16, 2009

Suka hati


Suka hati! Gembira! Happy!
Bagi aku lah kan...tengok pokok2 pun boleh menceriakan aku! Orang lain aku tak tau lah...
+++
Pagi ini kami "melawat" nurseri
D pun sibuklah memilih pokok2...rumput2...
Alahaai...nak mula episod baru ke ni??
Asal tak jadi semak sudahlah...
Kali ini D beli pokok2 yang kami tak pernah ada sebelum ini...
Hari ini beli lagi satu weeping willow...tambahkan koleksi jadi empat!!
Tengah crazy kat willow pulak dah...
Crazy kat willow tak pe...jangan crazy kat widow sudah ler....

Aku pun crazy gak tadi
Crazy ambik gambar2 pokok...
Pokok2 ni...aku tak ada
Pokok bunga matahari...aku tak minat!



Ini pokok cina manyak suka maa...ada ong! ( ingat ke ong ah moi !)
Cina panggil money plant...aku ada satu, dihadiahkan oleh Kamarul my ex-monitor 3Kaa 2007










Aku pernah miliki pokok2 di atas....
Tengok pokok2 ni macam satu terapi buat kami...
Kami berdua suka sangat "semak2kan" laman!!


Wednesday, July 15, 2009

Sekarang


::Weeping Willow::
Inilah pokok weeping willow yang kami dok berkenan sesangat semasa ke China minggu lepas. Hari minggu baru2 ni kami pergilah cari2 kat nurseri....jumpalah, tapi ini Autralian Weeping Willow maa...China punya tak ada!
Tak pe...janji dapat willow jugak...
Daun2nya yang halus nampak cantik sekali bila ditiup angin
So, semalam D tanamkan sepokok kat dalam pasu, ada satu lagi nak tanam kat tanah hari ini...cuma dok intai2 spot mana yang paling sesuai.
Kejap tadi, D baru balik...surprise!!! dia angkat satu pokok lagi!! Katanya dia dapat dengan harga yang lebih murah drpd yang kami beli semalam...hu3!!
Haiyaa....sudah lugi maa...

+++

Ini pulak pokok buluh yang halus2 tu...batangnya kecil2 saja...cantik!

Ini pokok2 yang "tertinggal" hari tu...!

Of courselah my frangipani, dah semakin OK sejak D rajin letak baja.

Money plant masih ada sikit2...mostly aku tanam dalam mangkuk, dalam bekas kaca, gelas dan juga dalam kuali2 tembaga antik. Ada jugak aku tanam dalam lesung!
Sekarang ni dah tak ada hutan rimba kat rumah kami...ha3!
Ni apa?
Sape nak jawab!


Tuesday, July 14, 2009

Dulu


Dulu...
Kawasan rumahku dipenuhi dengan pokok2 yang menghijau...yang lama kelamaannya terlalu "menghijau" sehingga menjadi hutan! Keadaan menjadi tidak terkawal alsebabnya penyakit M selalu menerjah kami di usia begini...alasan!!

Pokok2 tumbuh dengan suburnya, termasuklah yang kami tidak tanam pun turut memenuhi dipagar kami. Tatkala itu, kami mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk menyiram semua pokok!!

Namun, apa yang ada sekarang? Tinggal gambar2 sahaja sebagai kenang2an. Banyak pokok telah "terkorban"...bersama2 dengan puluhan (malah aku kira lebih 100!!) pasu2...:(
Pokok2 yang memberikan keredupan pun turut dikorbankan setelah beberapa tahun kami menikmati kehijauannya.

Tapi..kami gantikan dengan pokok2 yang lain pula...pokok kesukaanku..
frangipani...warna pink,merah,kuning,putih & rainbow colors.

Birdnest yang besar2 semuanya telah aku berikan kepada kawan2.
Begitu juga pokok2 keladi gajah...dah tak ada langsung! Akan tetapi keladi2 tumbuh dengan suburnya ditempat yang aku buangkan...besar yang amat! sape nak boleh datang ambik..percuma!!
Hari ini landskap kami telah berubah wajah. Nanti esok2 aku akan tunjukkan pokok2 favourite ku masakini.

Sunday, July 12, 2009

Shanghai



Shanghai
+++

Kami berada selama dua malam di kota Shanghai. Sempatlah kami solat di Masjid Xiaotaoyuan. Kami dibawa melawat Bund, suatu tempat yang mempunyai senibina bangunan seperti Eropah. Ianya terletak di Huangpu River. Sayang sekali kami tak dapat mengambil gambar di tempat ini kerana ianya tertutup untuk kerja2 yang dilakukan sempena Shanghai akan menjadi tuan rumah untuk satu acara dunia tahun 2010.
Dua malam di Shanghai...sempat kami ke Cyber Cafe! Tengok tu...D sedang chatting dengan rakan2nya kat Kuantan...changgih jugak warga emas ni...D pun gunakan peluang ini untuk topup & bank in duit utk E !!
Kami terpegun melihat keindahan taman2 di China...pokok2 yang subur dan tersusun di sepanjang2 highway.


Membeli belah souvenir di Xiangyang Market.




Petangnya kami ke Chenghuangmiao Market.

Bertemu dengan seorang Muslimah...tidak berapa fasih English, tapi Dingding boleh berbahasa Arab. Selepas aku bergambar dengannya, ramailah pulak yang lain2 nak bergambar dengannya!

Tengok gambar jer laa...malas nak bercerita panjang2...heh3!!



Friday, July 10, 2009

Ke Suzhou


The Garden of the Master of the Nets

+++

Di Suzhou kami melawat taman rumah pegawai cina zaman dulu. Rumahnya tersangat cantik, lengkap dengan taman & kolam, serta mempunyai ruang2 khas untuk setiap acara. Tujuan pengawai2 tersebut membina rumah sedemikian rupa adalah dengan harapan rumah mereka menjadi tempat penginapan maharaja china ketika maharaja menziarahi daerah2 di negeri china. Adalah menjadi kebanggaan mereka sekiranya rumah mereka terpilih untuk menjadi penginapan maharaja.


Di sekitarnya rumah terdapat deretan kedai2 yang menjual antik.

Kemudiannya kami melawat Silk Factory untuk melihat bagaimana sutera diproses.
Sungguh rumit kerja2 untuk mendapatkan benang2 sutera ini...patutlah harga sutera tulin mahal.

Kami melihat penghasilan sutera bermula dengan telur ulat sutera sehinggalah penghasilan kain2 sutera.

Membuat selimut sutera...mahal!
Kami rehat2...rakan2 lain meronda kedai yang menjual sutera ini.
Di kilang sutera ini juga diadakan pertunjukan fesyen meggunakan sutera yang dihasilkan.

Selesai lawatan di Suzhou, kami menuju ke Shanghai.

Selepas makan malam kami ke hotel penginapan untuk rehat.

Thursday, July 9, 2009

Jalan2 ke Shanghai-Hangzhou-Suzhou


Pemandangan indah di West Lake

++++

Hari Pertama - Lawatan di Hangzhou



Kami dibawa melawat West Lake yang amat indah sekali! Sungguh damai lagi tenang. Pokok2 yang subur cantik menghiasi kawasan tasik yang teramat luas kawasannya. Kami hanya berjalan2 di suatu kawasan yang kecil sahaja. Kami tidak larat nak berjalan jauh2...maklumlah ada ahli kumpulan kami yang berusia 70an. Bagi aku & suami yang memang minat dengan pokok2 ni merasa amat seronok.
Pokok2 yang menghijau disekeliling West Lake. Tasik2 buatanya pula dipenuhi dengan beribu2 ikan koi.

Kami juga terserempak dengan orang2 cina malaysia yang sama2 melancong..apalagi, bisinglah kami bercakap melayu sambil berteriak 'malaysia boleh'!!

Dalam perjalanan ke Suzhou, kami melawat ladang2 teh yang terbaik di China iaitu teh Longjin. Orang cina memang terkenal dengan adat2 minum teh ni...sampaikan cara menuang teh pun ada maknanya.


Di West Lake, terdapat banyak pokok weeping willow ( kiv: nak kena gi cari pokok ni kat nurseri)

Orang cina memang percayakan ikan koi membawa tuah...sana sini mereka pelihara ikan ini.

Tak jemu duduk kat sini...mereka pasang muzik perlahan2 untuk didengari semua pelancong.

Rombongan kami juga dibawa untuk solat di Masjid Phoenix iaitu sebuah masjid yang dibina sejak 800 tahun dulu.

( Att: Mie,Ja,Ju...nantilah ma update lagi ya )

About Me

My Photo
hajah zainab bt abdullah
former science teacher. have 7 children age 14 - 32 yrs.
View my complete profile
 

....my stories.... Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez