Sunday, August 30, 2009

Kuali-kuali tembaga

Al-kisahnya...
D selalu bawa balik kuali-kuali tembaga buruk ni untuk aku...hadiah katanya!!
Apa aku nak buat dengan kuali-kuali ni semua?
Hasilnya...

Tu...kuali dalam kuali!!

Money plant in the kuali..

+++

Pagi ini...aku menemani D gardening. tapi aku macam tak ada mood nak pegang2 cangkul ke, pegang tanah ke...sebab aku berpakaian cantik! Ya lah, baju kurung yang aku pakai tiap2 kali ke surau..atau pun pakai abaya..tapi D ni jenis yang kita mesti ada kat depan mata dia...baru dia nak buat kerja...ye la, kerja2 landscaping yang tak siap2 lagi tuh!! so what do i do?

Klik klik klik!!

Hah tu dia...masih berada dalam skop penglihatan D! so kiranya aku masih memberi moral support dia dok atur blok2 bata tu...1, 2, 3,...blok2 bata diaturnya!

Yang ini kerja aku...

Let's see!

Deko I


Deko II

Pinggan buruk...antik! Yang ini aku beli kat charity-shop sekolah...pemilik asal adalah arwah ibu bekas pengetuaku, Pn Hjh Rosnah. Aku ada empat biji semuanya. Hari tu aku gunakan sebagai bekas makanan kucing2ku...tapi bila aku tengok kat blog Che Mat Gebu dok tayang2...dan banyak lagi koleksi2nya...aku pun dah tak guna sebagai bekas untuk kucing! So, aku gunalah sebagai my decorative piece of ornament..
Pn Hjh Rosnah ada datang dua hari lepas, dia hantar popia untuk aku...dan dia pun ternampaklah pinggan2 kepunyaannya dulu!
Dia kata dia tak terfikir pulak boleh buat sebagai deko...( ke dia menyesal !!)
Dia kata aku kreatif! ( ye ke? )

Deko III


Deko IV !

Socky..so cute. ni tempat socky lepak!
( Yang ni bukan deko ! )

Friday, August 28, 2009

Makan time!

They are always looking forward for their brunch. Anyway I do not cook anything special for them, just open the can...put some into the beautiful flowered plate...and there you are!
Eh..kucing pun take brunch ke? Dah tu...pukul 10 baru nak kasi makan...sori maa...puasa!
This is the favourite place for them to lepak after makan...they normally take a nap at this area during the afternoon.
Who is not in the picture?

+++

This Ramadhan I do not put any entry about my dishes! I have my reasons for that...

Wednesday, August 26, 2009

Menunggu waktu...

Menunggu waktu berbuka puasa
Dok tengok pokok2 yang D tanam
Hahaha...sekarang waktu menunggu hasilnya...
Dah tinggi pokok kacang panjang ini, tak lama lagi bolehlah makan sayur yang aku suka ini.
Nah! ini pula pokok jagung...dah besar jugak.
Elok berbudi dengan tanah.
Teringat dulu-dulu sewaktu mula2 tinggal di rumah ini,
Kawasan rumah kami sangat luas
Jadi banyaklah pokok yang D tanam dan memberi hasil
Antaranya pokok nangka...sentiasa berbuah..aku selalu bawa ke sekolah dan juga kasi jiran2
Lepas tu, pokok kedondong...mak ooi banyaknya buah...so aku jeruk dan boleh makan ramai2
Pokok belimbing buluh...pun byk buahnya hingga aku terpaksa angkut pergi kasi sape2 yang mau...
Lepas tu ada pokok betik, pokok mata kucing...
Sayur2an pun ada jugak waktu tu....kacang panjang, bendi, terung, cili, pokok kari,
limau purut, limau nipis...etc
Sekarang??
Sekarang tanam rumput carpet jer lah!

Thursday, August 20, 2009

Hatiku berbunga lagi!

::Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan::

Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua pengunjung blog ini.

Mudah2an kita semua akan mendapat ganjaran yang lebih dari tahun2 yang lalu.

Wednesday, August 19, 2009

Hatiku berbunga-bunga

::Pagi hari sewaktu menyiram pokok tadi::

Yang ni sangat harum baunya!
Ini kali pertama tanam pokok2 bunga ini...kira2 dua bulan yang lepas, ada empat pokok semuanya nampak begitu subur...cukup baja & cukup air
Tak pasti pulak apa namanya...bunga melati ke?

Yang ini spesis frangipani merah...juga berbau wangi

Ini yang warna rainbow...juga berbau wangi, tapi jarang nak berbunga! something wrong kot
Sebab aku tengok yang MPK tanam kat Jln Wong Ah Jang tu elok jer bunganya!
Nanti nak suruh D 'check' dengan pokok nih...

Yang putih ni OK jer...selalu berbunga & harum baunya.
Banyak D tanam yang ini
Ada terus tanam kat tanah & ada yang D tanam dalam pasu
Senang jer tanam pokok frangipani...by stem-cutting.

[ Aku dok menunggu pokok2 frangipaniku besar & rendang!]

Tuesday, August 18, 2009

Ke Bangi

Sabtu lepas kami ke Bangi...anak saudara kahwin
Rai yang demam kami tinggalkan kat rumah along, kesian pulak ditinggalkan bersendirian!
Hati pun cam tak tenang jer...risau lah...dia demam...dok sorang2 pulak!
Petang bergegas balik ke PJ, umah along
Tersesat jalan pulak .... D dok bla bla bla!!!
Nak cepat jadi lambat...
Itu pasal la bila kami ke KL...park kereta kat umah along...pastu naik LRT...nak gi kemana-mana pun...senang!!
Walaupun nak ke JJ Taman Maluri...

Sunday, August 16, 2009

Ziarah saudara

Kami ke IM8...tak pernah sampai lagi area ni...area perumahan baru
Ziarah sepupu D yang datang dari KB untuk tengok cucunya yang menjalani pembedahan buang tonsil
Dah OK sicomel nih!.Doc suruh kasi makan benda2 yang sejuk...seperti aiskrim, puding yang sejuk...bubur yang sejuk...eh eh semua yang sejuk2lah.
Kami pulak dihidangkan dengan sate yang panas!
Sate yang sohor kat KB tu...
Sate Osman!

Aku yang peramah!

Sedap cup cakes tu..
Al-kisahnya, aku tengok Su kat FBnya...dia tunjukkan yang dia sedang baking cupcakes tu..
Aku pun tegurlah...peramah kan aku!!
Hasilnya...
Lewat petang Su datang hantar kat umah aku!!
Dia first time datang...kebetulan seTaman gitu...
Itulah rezeki orang yang peramah...heh3!
Terima kasih Su...terima kasih daun keladi...

Tuesday, August 11, 2009

11 Ogos 2000...

::Dalam Kenangan::

Al-Fatihah !

Ayahanda Hj Abdullah b Mohammed kembali ke Rahmatullah pada hari ini sembilan tahun yang lalu.

Aku sentiasa berdoa kepada Yang Esa agar roh ayahanda tersayang ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Ayah...Nab sayangkan ayah! Tiada siapa dapat mengantikan mu!

Jasa ayah tidak terbalas olehku...

Aku amat merinduimu...

Monday, August 10, 2009

Hujan...

Hujan Oh Hujan...
Kadang2 kedatanganmu dinanti2kan
Namun adakalanya kedatanganmu tidak disukai
Walaubagaimana pun, aku terima dengan pasrah
Bukankah engkau membawa rezeki ke bumi Allah!


Tatkala hujan turun dengan lebatnya
Aku pun teringat nak ambik gambar2 ni...heh3!!

Sunday, August 9, 2009

Ex-3KAA...

Lihat...sape nih!
Lewat petang semalam...Husna & Farahanim datang ziarah aku
Mereka berdua ni aku ajar semenjak ting 1 hingga 3...lama tu...!!
Tak de benda nak makan...aku suruh makan buah naga & kurma yang pelbagai tu...
Eh..keropok mesti ada punyer...
Mereka datang dah senja...pulak tu aku sibuk kat dapur ...masak bubur jer
Anak bongsu ku demam...nak makan bubur & ikan bilis goreng
Rai mengasingkan dirinya...demam & selsema...ni baru balik dari klinik.

Friday, August 7, 2009

Tangines...

Siapa yang boleh bagi tau...kat mana kita boleh beli tangines ini di Malaysia...

Tahun lepas masa pergi umrah...ingat nak cari kat Makkah...tak nampak pun...entah kat mana nak cari kita orang tak tau...
Selalu jugak tengok Chef Wan guna tangines ni masa dia masak Morrocan dishes...
Linda ( OO ) pun pandai masak ayam morocco...sedap!
Oh! teringat pulak hari tu dia masak couscous...(belum cuba lagi sebab tak jumpa couscous tu kat Kuantan nih!!)


Cantik sungguh tangines ni!
Auww!!


Thursday, August 6, 2009

Budu Oh Budu...

Anda makan budu tak?
Aku sangat gemar makan budu. sangat berselera bila makan nasi dengan budu + ikan bakar + ulam2an....perrgh bak kata uncle!! ( entah uncle makan budu ke tidak!! )
Jika malas nak masak lauk2...aku hidangkan budu! tak perlu susah2 masak.tapi perlu masak nasi extra...for sure, mesti tambah punya!!
Tapi...kalau nak diet tak bolehlah...susah...
Budu diperbuat dari ikan bilis. Kelantan & Terengganu merupakan dua negeri yang sohor dengan budu nih! Ada banyak jenama budu ni...kat atas tu cap limau, aku suka cap ketereh...

Bila nak makan...perahkan asam limau nipis + cili api...baru ada kick!!
Ada orang tu suka tambahkan hirisan mangga putik
Suami aku pulak suka letak seulas durian...makan dengan petai...atau pun putik jagong yang telah dicelur!
MIL aku pulak...tambah kelapa parut ke dalam budu tu...heh3
Aku paling suka makan budu + pucuk ketereh (orang ganu kata pucuk jambu golok!!)


Ini kisah makanan orang2 pantai timur. orang2 kat lain tak makan kot!
Sape makan budu, angkat tangan!
[ Gambar2 tu bukan saya punya...ambik kat wikipedia ]

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban

Sempena Nisfu Syaaban...macam biasa Surau Ar-Raudhah mengadakan majlis membaca Yaasin & diikuti dengan solat hajat

Kemudiannya macam biasalah juga ada makan2....

Aktiviti

Ini aktiviti suamiku...berkebun merupakan kegemarannya
Teka...pokok apakah itu?

Ini pulak aktiviti aku!
Apa aktiviti2 itu?
[ Gambar2 kat atas tu dari buku Laman tau!! Bukannya kat umah kita...]

Apa ni?? Spice king?
Spice king...dalamnya ialah saffron...sangat mahal sebab penghasilannya yang sangat rumit. Setiap bunga saffron hanya terdapat tiga filamen...harus dipetik satu persatu dengan tangan. Hanya satu pound filamen dari kira2 75000 kuntum bunga saffron!!
Aku beli kat pasar di KT...a natural coloring yang boleh digunakan untuk buat nasi minyak ke, beriani ke...sebenarnya ia mempunyai banyak khasiat.
Tapi, aku rendamkan dalam air panas..lepas itu campurkan dengan saffron syrup tu....minum
Awet muda...kah3!!

+++

Hari semalam aku susun atur beberapa pokok...letak baja...belai2 gitu..
Eh apa belai2 nih...lulu ke tu?
Tak, belai2 pokoklah...talk to the plants..must be crazy!!
So...pokok2 pun nampak subur gitu...
Aku pun cerialah jika nampak pokok2 aku subur.
Sebenarnya, jika kita tanam pokok...apa2lah kan, ianya nampak cantik sekali jika pokok itu subur...daunnya hijau lagi berkilat! Jadi, kalau nak cantik...perlu ada masa untuk menjaga pokok2 tu...


Saturday, August 1, 2009

Ke Rumah Jiran

Mantan Pengetuaku, Pn Hjh Rosnah menjemput kami ke rumah barunya. diadakan kenduri doa selamat & juga majlis cukur jambul cucunya.
Hjh Rosnah sangat peramah orangnya...dan juga aku suka dengan cara dia berinteraksi...selalu dia pegang2 tangan kita, dia peluk2 kita...rasa sangat mesra!! Aku kena duduk lama sikit...sebab jiran yang dekat. untung jugak...pas lunch...minum teh pulak dengan pelbagai juadah. tak mau cakap makanan apa nanti ada yang terliur!!

Kembalinya ke rumah...ada tetamu datang ziarah aku. Terima kasih pada Mariana, Nita,Norhayati. tak lupa juga Jaiton..tak sempat ambik gambar!
Eh! pengetua Pn Hjh Hatijah pun ada jugak...sempat bersalam2an jer. Dia nak cepat ambik Syu balik dari tuisyen.
Pn Roaini pun singgah kejap...pantau aku dok susun batu bata tu!! Aku bukannya reti pun susun tu...aku hentam jer..janji siap!!
( Akify2k janji nak datang tolong petang ni!! )