Monday, September 28, 2009

...raya dah abis...

Raya dah berlalu...
Tahun ni raya agak meriah...sangat meriah
Kerana ramai tetamu datang!
Apa tidaknya...
Biasanya raya kedua rumah kami tertutup, kami balik kampung.
Tahun ini, raya kelima aku & D jer pulang ke KB
Yang lain2 dah tak sempat nak balik...mereka ada jadual masing2!!

Kuih raya masih ada sikit-sikit...
Kot2 ada yang tersesat nak datang beraya bolehlah dihidangkan biskut2 kering tu...
Cicah dengan teh-O panas!
Aku nak tunggu raya 6!
Ooops...hari ni baru start puasa...
Harap2 aku sihat dan dapat teruskan puasa sunat syawal ni...
Kalau gitu...Ahad aku rayalah...yea yea...

Saturday, September 26, 2009

Raya jangan tak raya!

Raya ketiga...malamnya bos telepon beritau nak datang raya pada esoknya.
Esoknya...pepagi lagi D kena "menjala"... sekilo tepung.
Pengetuaku datang sekeluarga...lima anak2 diangkut sama!
+++

Lewat petang my sis, Umi pulak datang
So D kena menjala lagi...tak per sikit jer
Jadi dapatlah serve mereka dengan roti jala bersama kari ayam

Tetiba, Umi cakap Emah jugak akan singgah
Emah & famili odw balik KL
Mereka tiba agak lewat...tersesat ke Indera Mahkota
Aiik? Orang KL leh sesat jugak!
Nasib baik cukup makanan untuk mereka satu famili tu...

Yang aku amat ralat...semua gambar2 mereka tak ada!!
( Tanya Ja kenapa !! )


+++

Raya ke lima aku & D balik ke KB..
MIL tak sihat, so aku gi jengok2 dia kejap
Blood sugar ... mak ooii...33.4!!! Adus, doktor kata nak habih meter tu mak chik ooiii...

+++
Raya ke tujuh...
BIL & adik pula datang
Mereka odw ke S'pore....tengok F1...
So, breakfast dengan sate yang aku beli kat KB semalam
Nasib baik pepagi lagi aku dah stimkan sate2 tu...dah potong ketupat segera yg aku rebus mlm tadi...tinggalkan lagi buat teh & hidang. Beres!

+++

Pepagi ni jugak, bekas bos aku Hjh Rosnah called
Tanya pukul berapa nak pergi rumah Hjh Hatijah
Ada jemputan makan-makan raya...
So...berangkatlah pulak ke rumahnya, jumpa Hjh Rosnah & famili kat sana.
Pulang dari rumah pengetua, terus ke bandar nak gi ambik laptop mie yang dihantar untuk repair....kecewa, tak leh repair kat situ!

Pastu kita orang pun menuju destinasi seterusnya...
Acara makan-makan jugak,
Makan kat kenduri kahwin pulak
Jiran kat taman kami kahwinkan anaknya...
So, tanpa bertanya kat ketiga-tiga penumpang tu, samada nak pergi ke tidak, D terus jer pergi, park kete & semua turun...pi makan!!

Makan sejemput jer sebab dah kenyang
Balik umah nak rehat-rehat...
Belum apa-apa...ding dong ding dong bunyi loceng...
Ada tetamu datang!
Cepat2 refillkan bekas2 kuih...hidangkan minuman
Borak2 kejap...tetamu pun dan nak ke lain tempat pulak..

Aduuus!! penat !! ngantok !!
Semalam seharian dalam kereta...
Sehari sebelum pun penat jugak...
Aku ingin zzzzzzzz.....

Tuesday, September 22, 2009

Raya lagi...

Malam tadi...
Bakar-bakar punya acara.
Bakar ayam, udang, sotong, sosej etc.


Ada kanak2 bakar bunga api!

Oops...seronoknya kanak2 nih!!
Hasilnya...
Seronok jugak dok kat luar malam2 yang dingin dgn hujan renyai2...
Insya Allah, ada kelapangan bolehlah buat lagi!

Tetamu Raya

Raya Pertama

Tetamu yang datang beraya...
Ada yang sempat aku ambik gambar, ramai yang tak sempat dek kesibukan melayan mereka!
Yang tak sempat tu, sori ye...

Ini semua my ex-students...
Ada jugak yang dah beranak tiga datang, tapi tak pulak aku ambik gambar mereka..
Tapi mereka ambik gambar aku!

Mereka ini anak2 jiran di kawasan perumahan aku nih..bukan bekas pelajar aku, tapi dah kenal mereka sejak kecik2 dulu lagi..
Yang bertopi tu...lucu yang amat ceritanyer!
Dia tak jumpa rumah aku...tapi dia pergi masuk jer rumah sape entahlah...
Tuan rumah tu dah siap kasi minum, makan kuih..
Habis tu...dia tunggu aku tak keluar2...
Pastu...dia tanya - mana cikgu zainab?
Tuan rumah pun terpingga2lah...
Kah kah kah kah...Hakim Oh Hakim...lawak sungguh kamu nih!
Manakala yang jejaka tiga orang ni pulak, malu duduk kat depan...terus masuk ke dapur..
Dia orang dah kenal dapur aku...sebab tahun lepas pun mereka pun duk makan kat dapur!

++++

Raya kedua...
Masih ramai tetamu..
Tetamu lewat petang adalah jiran2ku..
+++

Raya ketiga, ada tetamu...tak lah ramai dan aku pun bolehlah blogging & tidur!

Hari Raya 20.09.2009

Acara rutin selepas solat raya
Bermaaf-maafan
Beri duit raya / terima duit raya
lepas tu...sesi bergambarlah..

Lepas itu barulah mengunjungi rumah2 jiran
dan
menunggu kedatangan tetamu.
Tahun ini...tetamu ramai, lebih dari tahun2 sebelumnya
Krew yang bertugas membasuh pinggan mangkuk, cawan gelas dan sebagainya...
agak penatlah jugak!!
Tapi tak per lah kan...duit raya yang diberikan pun lumayan tahun ni...

Saturday, September 19, 2009

Aidilfitri 1430

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Kepada semua pengunjung blog ini.

Monday, September 14, 2009

...tenat

tenet...tenat!
sekejap ada...berkejap-kejap tak ada
nak update tak boleh...
apa lagi nak blog-hopping..
dah beritau TM
dah berkali-kali telefon bagi tau, kasi tau, royat, kkabar...
dah guane ni!

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Nice number!

Saturday, September 5, 2009

Rindu...


Di bulan Ramadhan ini...
setakat hari ini belum lagi aku pergi jengok bazar / pasar ramadhan!
apa?
Ya lah...aku tidak pergi...yang pergi D! Hari2 D pergi beli kuih untuk anak yang ada dua orang jer kat rumah nih..
Lauk pauk semua aku masak.

Rutin aku...tulis senarai kat kertas apa2 jer bahan yang aku nak..
D selalu tanya...hari ni beli apa? ataupun D tanya...you nak kirim beli apa I nak keluar ni...
so, senang cerita aku tak payah keluar membeli belah..
so, aku pun ambik kertas memo dan tulis...
Contoh:

ayam
ikan
sayur...ikutlah sawi, bunga kobis ke, taugeh...brokoli ke...
cili merah
bawang putih
agar-agar
susu cair
garam
ubat gigi
etc...

biasanya semua D akan belikan, termasuklah juga barang2 yang aku tak pun tulis kat situ...
ni fruitcocktail...I belikan kot2 u nak buat puding ke..
ni cuka...nanti I nak suruh u buat acar..

satu lagi kegemaran D ialah membeli pisang!
habis segala pisang dibelinya...pisang emas, pisang nangka...
tapi, dia sendiri yang masak...paling minat dia buat pengat pisang atau sira pisang
kalau bulan ramadhan..hari2 dia buat pengat / sira pisang!
kenkadang dua2 dia buat...pengat & sira pisang...

tapi tahun ini baru sekali jer dia buat sira pisang dan sekali pengat pisang!
nape eik??
sebab..kurang meriah ...ahli keluarga dah tak ramai

tunggu semua balik...hah, time tu barulah best!
tapi
yang sorang tu tak baliklah raya nih...huhuhu...
nampak kita semua kena "menyekaip" dengan dia pada hari raya nanti!


Ni sewaktu aku dok video skype dengan J pada pagi semalam..
lama...mau tiga jam kot!
aku usung laptop aku ni bawa ke bilik dia...nah tengok bilik!
pastu usung ke ruang tamu...ke ruang tv tempat dia selalu tertidur..
pastu usung lagi laptop ke luar rumah..
tengok segala pokok, pasu, tempayan..wakakaka..
&
aku panggil kucing2 jugak skype dgn J!
yang ada kiki & lulu jer...
lucu jugak bila J dok panggil lulu...lulu...lulu...
si lulu tu pun datang tengok kat screen laptop!!
Kiki pun heran jugak tengok camner ada orang kat dalam laptop!

Lama kami bersembang-sembang melepaskan rindu!
and finally J pun beritau lis barang2 yang dia mahu..
daun limau purut, daun kari, serai, maggi asam laksa, kerepok,baulu,kuih semperit,tart nenas, almond london (duduk dekat dah dgn london! tp order yg m'sia punyer)
paceri nenas? apa??
Haru..garu kepala!

Wednesday, September 2, 2009

Admiring my plants!

Salah satu kegiatan kesukaan aku adalah 'melihat' pokok2..
Tak kisahlah..pokok kat nurseri ke...kat rumah orang ke...atau pun yang aku tanam
Uncle...Yang ini kak nab sendiri tanam lorr...bukan upah2 orang tau..
Yang ini pokok pandan...mini jadinya sebab ditanam dalam tempayan supermini tu...so cute!
Semalam ambik jugak, guna daun ini nak masak nasi ayam.

Hah! tempayan tergantung...!

Ni pulak...ntah apa kebende namanya...dulu beli kat kota bharu

Tempayan antik ini pemberian rakanku...
Hari tu aku letak bersepah-sepah jer sana sini
So aku fikir nak tanam pokok diatas kat dalamnya, sebab pokok ni jenis yang rendam jer dalam air...sekali sekala letak baja...pokok ku pun hijau..lovely!

Lesung yang tak diguna...jangan dibuang tau..
Lihat tu...patutlah dah lama tak tumbuk sambal belacan...heh3!