Friday, October 30, 2009

Tetamu

Petang semalam, sahabatku Pn Halimah yang pulang bercuti dari Qatar datang ziarah. Oleh kerana dia dah bagi tau awal nak datang, aku sempat sediakan sedikit juadah.
Tatkala aku sedang menyediakan bahan2 untuk perapkan ayam...hatiku tetiba teringatkan seorang rakanku...seminit kemudian aku dengar telefonku berbunyi...mesej...
Subhaanallah! orang yang aku dok fikir tu, rupa2nya dok ingatkan aku jugak!So, aku pun jemputlah Sapiah datang...dapat jumpa Halimah.
Sahabatku...Pn Sapiah, kami sama2 ajar science dulu...sama2 sambut birthday...penyakit pun hampir2 sama, tapi ada beza...aku darah rendah, sapiah darah tinggi!!
Pernah berlaku...hari ini aku MC sebab pening...esok sapiah pulak MC sebab pening jugak!!
Sewaktu Halimah & famili dah nak pulang...terserempak pulak Cg Daeme...tengok tu, si Daeme dok galas tangga kat belakang dia...entah apa dia buat, aku lupa nak tanya!

Sunday, October 25, 2009

Chicken Mandy

Sudah lama ingin nak makan nasi mandi...ayam mandi...kambing mandi...
Jumpa resepi ni kat blog resepiraidah...kat umah ummi home sweet home pun ada...hari tu kat umah orkid opah pun ada...banyak umah yang aku ziarah ada resepi mandi-mandi nih!!
So, aku teruja sangat nak masak...

mula-mula taburkan hirisan lemon & bawang besar kat atas aluminium foil tu
pastu,letakkan ayam yang telah diperap terlebih dulu dgn rempah2nya
dan taburkan lemon & bawang
pastu bungkuskan ayam itu dengan foil
dan
kasi masuk dalam oven
bakar lebih kurang satu jam...buka sikit & bakar lagi supaya nampak garing gitu...
sementara tu...ni nasi mandi kat dalam periuk...harum baunya
dan
hidangkan
dan terus jer ada peminat yang nak makan!!

sedap jugak dimakan dengan daging masak dengan prune

sekejap jer dah licin dimakan oleh dua orang kat rumah ni. terpaksalah pulak aku bakar ayam yang aku dah perap sebelah lagi tu...memula testing jer bakar separuh drpd ayam tu, takut tak ada peminat! kebetulan pulak peminat tengah lapar...heh3
lemon dah habis guna...so aku guna pulak limau sunkist!

Saturday, October 24, 2009

Somtam

Somtam...lebih kurang kerabu betiklah
Sedap!
Ini merupakan makanan orang Siam (Thai)...
Masa balik KB hari tu, aku beli somtam nih..
Si penjualnya tinggal kat sebelah rumah MIL
Order jer...terus dapat. satu bungkus RM1.oo. D belikan 3 bungkus.
Yang kat atas tu sebungkuslah tu...pedas!! terlebih cili api...berapi masa aku makan tu..

Experiment

Semalam aku & Rai buat experiment!
Pastu klik sana klik sini...
Pastu teringat pulak Linda suruh letak sesungut...
Ambik "sesungut" dan letak...
Pastu teringkat pulak uncle suruh letak mint...
Ooops...mint tak der dalam simpanan
Letak jer daun celery! Done!

Nanti uncle tergelak pulak tengok KN punya dessert tu...!
Jangan tersedak sudahlah...ngeh ngeh ngeh!!
Agar-agar tu beli kat KB...
Pastu letakkan bersama-sama strawberi!
Pastu
.
.
.
Makan! :)

Friday, October 23, 2009

Boleh makan...tak boleh makan...

Yang sebelah kiri tu, aku dapat FOC...tak boleh makan
Yang sebelah kanan tu, aku dapat FOC jugak...tapi boleh makan!!
Yang kiri...boleh dimakan!
Yang kanan...nampak real...tapi plastik!

Thursday, October 22, 2009

To Uncle...

Ni entri khas untuk uncle...
Jealous dengan uncle yang dok tunjuk gambar2 makanan yang dia display kat hotel dia!
Tambahan pulak, dia dah pandai shoot dari pelbagai angle dan posisi...
Sometimes gambar2 dia yang cun-cun tu "mendebarkan" kalbu...oh tidak!

Uncle...KN pun terliur gak nak shoot ... tapi camera tak lah seberapa...
KN guna Sony cybershot DSC T90 jer...
Kalau nak panggil sifu Lutfi ajar / tuisyen...malu lah pulak!! Kalau dengan kamitaken tu kena guna kamera yang canggih2...tak mainlah kamera cap ayam nih...
Ini dessert yang saya sediakan hari tu...masa ajak kawan2 makan Jumaat lepas.
Ha ha... gambar kat atas tu "ambik" kat blog uncle...sori uncle sebab tak bagi tau...ni baru nak kasi tau maa...
Sebenarnya KN dok teringin nak buat macam uncle tu..
Insya Allah ...one of these days I shall do this...cuma nak tanya uncle apa kat dalam tu...
Seronok bila gi jalan2 kat blog uncle nowadays!!

Tuesday, October 20, 2009

Kerapu stim

Semalam aku stimkan dua ekor ikan kerapu...
Anda suka tak makan ikan stim / kukus?
Tu jer nak tanya...heh3!!!

Pinggan lama

Sewaktu pulang ke KB baru2 ini..
Aku sempatlah meminta pinggan2 lama yang tak digunakan lagi dari MIL
Aku sangat gembira bila dapat 10 biji pinggan lama tersebut
Lantas aku jadikan bahan deko...

Next trip home, I shall ask for a few more!!

Monday, October 19, 2009

Jemputan Sambut Menantu


Kami ke Tanah Merah, Kelantan kerana jemputan sahabat lama iaitu Hj Abd Rahim & Hjh Noraini. Hj Abd Rahim sahabat kepada suami...mereka sama2 menuntut di UPM dulu. Manakala Hjh Noraini pulak rakan lama aku yang sama2 mengajar di SMDatuk Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah, Kelantan. Walaupun jauh, tapi demi persahabatan kami penuhi jemputan mereka.

Semasa di majlis tersebut, aku terserempaklah dengan pasangan ini...Nab & Abas. Mereka sama2 mengajar dengan aku di SMKDMPR. Sudah begitu lama tak jumpa mereka...last sekali ialah pada tahun 1984!

+++++

Selepas itu kami ke Pengkalan Kubor...aku tak pernah sampai ke sini..walaupun dulu tinggal di Tanah Merah selama 10 tahun!!
Kedai yang aku tuju ialah...jeng jeng jeng....glassware...
Aduhai...fuyooo...yang mana nak ambik ni? D kata ambik apa2 ajer & dia akan settlekan..
TQVM D...
Alamak!! I have done quite a damage to his pocket...heh3!!

++++
Esoknya semasa perjalanan pulang ke Kuantan, kami ke rumah sahabat lama iaitu Che Muda & Nah. Pasangan ini akan berangkat untuk menunaikan haji musim ini, tetapi belum tahu tarikhnya.
Kami doakan semoga anda berdua selamat pergi dan selamat kembali. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mudah2an mendapat haji yang mabrur. Insya Allah.

Friday, October 16, 2009

Happy Birthday to Rai

16 OKTOBER 2009
::Rai ::
Dear daughter
Happy Birthday to you.
Ma doakan agar Rai menjadi seorang yang berguna kepada Agama, bangsa & negara.

Raikan sahabat2

Mulanya aku ingin mencari "mangsa" untuk test aku punya chicken tagine!
Tapi...aku ingin jemput lebih dari dua orang...so aku fikir aku tak mampu nak masak banyak2 tu! Nasib suamiku sedia "membantu"!!!
Aku hanya menjemput 16 orang sahaja...

Menu yang aku sediakan ialah nasi beriani & satay...

Suasana di meja kedua..


Harap sahabat2 yang dijemput tu tak lah merungut...sebab makanan yang disediakan tu semuanya aku beli...he3!!
Semoga persahabatan kita akan berpanjangan.
Sape lagi yang nak datang?

Meraikan bakal2 haji

Malam tadi telah diadakan majlis meraikan bakal2 haji di Surau Ar-Raudhah. Terdapat empat pasangan bakal2 haji dari Taman Guru. Majlis dimulakan dengan solat maghrib dan diikuti dengan solat hajat bagi mendoakan keselamatan bakal2 haji dan juga mendoakan semoga Allah swt mengurniakan bakal2 haji dengan haji yang mabrur. Insya Allah!Semoga bakal2 haji tabah menghadapi sebarang dugaan semasa di Tanah Suci nanti.
( Terkenang pulak waktu aku menunaikan haji 17 thn yang lalu!!)

Thursday, October 15, 2009

Chicken tagine...


Lama dah dok fikir nak try resepi ni
Tengok kat u-tube...Cooking with Alia

Aku tak ada tagine...tapi tak per, sebab Alia pun guna periuk biasa jugak.
Sekejap sudah masak
Dah ada orang tunggu nak try...makan dengan roti prata.
Sape nak jadi "mangsa" sila angkat tangan!!