Saturday, November 28, 2009

Happy Birthday to Ju


::28th NOVEMBER 2009::

HAPPY BIRTHDAY TO JU


Semoga Allah SWT memberikan Ju kesihatan yang baik, panjang umur, murah rezeki, dan menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat. Amin!

You are so far...yet so near!
You are so near...yet so far!

WE LOVE YOU
..WE MISS YOU..



Thursday, November 26, 2009

Eidul Adha Mubarak

SALAM AIDIL ADHA
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG

Friday, November 20, 2009

Saya suka Shabsuka...


Entah macamana terjumpa resepi ni...
kerana rajin dok google sana, google sini
tengok imej sana,tengok imej sini
Aku teruja lagi nak cuba masak resepi ini
SHABSUKA...sejenis masakan Arab.
Senang jer penyediaannya.


Sebelum dibakar
Selepas keluar dari oven...
SEDAP! Memang SEDAP!
Sedap dimakan dengan roti. Sape2 yang terliur tu, leh cari resepi sendiri!!

Tuesday, November 17, 2009

Masak-masak bersama Chef CL

Jom kita masak2!
Ish ish ish CL...sedap betul dia masak untuk tetamu2 Allah
Untung sungguh mereka yang jadi jemputan CL
Kak Nab pun teruja jugak nak masak!
Bestnyer dia masak! Tengok tu...smart chef ni, pakai tie !
[ CL: sori norr...ambik gambar tanpa izin!! ]

++++
(Gambar tak cun...in flash mode! )
Lalu aku pun ke dapurlah...buat muffin & puding mangga
Mesej kat adinda2 dua orang tu...ajak diaorang minum petang.
++++

Lewat petang, teruja lagi nak masak...
Anak nak balik nih...odw dah..
So, marinate chicken & lamb....
Grill lepas 40 minit, just in time for the dinner last night.

++++
Akhir2 ni teruja nak memasak!

Monday, November 16, 2009

House-warming

Dua hari yang lalu, aku ke kediaman baru Pn Haniliza...majlis kesyukuran sempena "naik rumah baru"! Ramai kenalan lama dan baru yang aku jumpa kat situ. Seronok!
Tersergam indah rumahnya bagaikan istana...letak pun di Bukit Istana!!

+++
Lepas itu, menziarahi pula ke rumah Pn Melati , mereka berjiran. Agak sibuk jugak Pn Melati hari tu, sebab kebanyakan drpd kami akan singgah pulak di sini.
Hajat di hati nak bertandang pulak ke rumah Pn Hjh Zureidah, tapi dia dah keluar ke kenduri kahwin...

Saturday, November 14, 2009

Ceramah Padang

Malam Jumaat baru2 ini
Macam biasa...selepas solat maghrib, baca Yasin
Solat isya'...makan2
Pastu dengar ceramah sikit...satu setengah jam jer...
Banyak pengajaran yang dapat dikutip sebagai iktibar kita di Malaysia yang aman & damai
Amat2 bersyukur kepada Allah SWT..
Sebelum terlewat, kita mestilah berwaspada...ingat kepada Yang Maha Esa!

Thursday, November 12, 2009

Rindu

Rindu?
Saat aku pakai terompah ni...
Waktu kecik2 dulu...

Monday, November 9, 2009

Buat Kajian!

Minggu yang lalu...mood memasak! So, gembira sangat bila masak dan ada sambutan dari penghuni2 kat umah ni..!! Tapi kan...makaroni bakar tu banyak sangat pulak...susah nak perabih...kalaulah mimie ada kat umah boleh habis nih!!

Nasi minyak hujan-panas

Nasi lemak

Nasi ayam

Sihat ke sajian ku minggu lepas? Kureng sayur...tak sihat!!
Jadi, jom makan epal hijau...banyak kat dalam peti tu...tak der orang nak makan...
Letak sos rojak...sedap!!
Makan buah delima...banyak khasiat!

+++
Apasal cerita2 hal makan2 jer?? Dah tak dak apa nak cerita...kebetulan cuaca hujan jer..
Bila hujan, cepat lapar...
Bila lapar, apa lagi...
Makan ler...heh3!!

Saturday, November 7, 2009

Jom tengok2

Hari itu kami ke nurseri untuk membeli rumput...nak siapkan lanskap yang belum siap2 lagi!
Ketika suami sibuk melihat rumput karpet...aku lagilah sibuknya...
Klik sana...klik sini...aku sungguh seronok bila berada di taman bunga..
Semuanya aku terliur...eh, aku berkenan...oh tidak!!


Paling aku minat...tak sanggup ku beli...RM600 satu...pheeew!!

Friday, November 6, 2009

Komputer rosak!

Komputer D rosak! baru jer lima, enam hari hantar baiki...tukar hard-disk baru, etc
Nak tak nak terpaksa beli baru...senang ceriter! Beli CPU jer...
Balik rumah, dah tak leh internet pulak!! haru-biru-kelabu...heh3
Camner nak wat nih??
Pakar ICT terpaksa dipanggil untuk membantu !!
Kiut-miut pakar tu!
Nape selalu jer losak itu punyer komputer???
Wo selalu tengok wo punyer sumi tu...tak off langsung lia punyer komputer!!
selalu hibernateeeeeeeeeeee jer...
haaa itu pasal lo!!

Wednesday, November 4, 2009

Telenovela Uncle!

Akibat aku singgah lama sangat kat umah Uncle, maka kerja kat dapur aku sikit tertunggak! Hari2 pun aku singgah lama kat umah dia...tambah2 lagi sekarang ni tengah hot telenovela kat situ...perrgh!!
Kenkadang ( ada ke perkataan ni? aku ikut kat blog sape ntah!), aku tersenyum sorang2 bila baca frasa2 lucu uncle. Kenkadang aku rasa sedih pun ada mengenangkan kerinduan uncle pada familinya. Kenkadang aku rasa sangat bangga dapat "kawan" cam uncle...kerana dia mempunyai banyak pengalaman yang sanggup dikongsi bersama rakan bloggers. Aku tabik spring kat uncle kerana kejayaan yang diraih hari ini adalah atas usaha gigihnya dan ianya dipermudahkan oleh ALLAH SWT...dan Allah memilih untuk meletakkan dia di Tanah Suci dekat Baitullah. Allahuakbar!
Semalam Kueysan mesej...dia kata dia nak keje sementara masa cuti ni...aku kata OK! Biar dia tau susah senang nak cari itu duit...ha ha ha :(
Kueysan tentu dah baca telenovela uncle!!

Aduhai...dah kol berapa ni??
Alamak! macamana ni...kan anakku balik sekolah nak makan apa?
Uncle punya pasal KN tak masak nasi ni!
Tak per...kita masak yang ringkas jer.

So, aku buat lasagna ( favourite anak bongsu!)
Aku buat nasi goreng sempoi ( favourite D )
Aku sediakan spagheti bolognese ( favourite E )
dan juga
aku buat pancake. Done!

Sunday, November 1, 2009

Aktiviti sabtu...


Pagi sabtu, kami muslimat taman guru mengadakan majlis tahlil untuk arwah Hj Shamsuri b Basar, suami kepada Pn Hjh Zuraidah merangkap Pengerusi Biro Wanita, Surau Ar-Raudhah.
Arwah yang mengidap kanser paru-paru telah kembali ke Rahmatullah pada ahad yang lepas di HUKM, KL.
Hjh Zuraidah begitu sebak sekali. Dia menceritakan dugaan2 yang dihadapinya. Ramadhan yang lepas...adik iparnya meninggal. Pastu, bahagian dapur rumahnya terbakar...kerugian RM30,000.00. Dah lah duit habis untuk berubat arwah suaminya...
Kini...suami pulak pergi buat selama-lamanya!
Kami hanya mampu berdoa dan membantu apa yang boleh untuk meringankan beban yang ditanggung oleh beliau. Ujian2 Allah adalah sebagai peringatan kepada kita yang lemah ini. Semakin besar dugaan yang diberi...semakin tinggilah tahap ketakwaan kita kepada Allah SWT...kita harus redha, sabar & tabah menghadapinya.
::Forum::
Malamnya pulak...ada forum bertajuk: "Isteri Beristeri??"
Pelik jugak tajuk ni...buat saspens jer...rupanya isu poligami..

Ahli2 panel menyatakan ada pihak2 tertentu yang cuba nak melawan hukum Allah...dengan memburuk2kan orang Islam yang mengamalkan poligami...seolah2 poligamilah yang mengakibatkan kepincangan dalam keluarga....sedangkan jika orang yang mengamalkan poligami mengikut segala syarat & ketetapan Allah, maka ianya akan menjadi begitu cantik sekali...
Moralnya...kaum wanita Islam tidak boleh menentang poligami.


Selepas forum berakhir...terdengarlah suara2 nakal kaum bapa yang akan ke pejabat majlis agama islam untuk mengambil borang...nak berpoligami!!

Pak cik A: Kawan...sorang pun dah tak larat!!!
Pak cik B: Kawan teringin gak...tapi takut tak leh berlaku adil!