Sunday, January 31, 2010

Couscous

Akhirnya! 
Nasib belum expired...


Kus semangat....kena ada semangat, baru boleh masak couscous ni...
Kena ada semangat ke? Apa tidaknya...sebab couscous tu beli tahun 2009!
Dah setahun!  Ni dah tahun 2010!
So, petang semalam...termasaklah couscous ni sebagai hidangan "kami berdua"
( hu hu hu...sedih!! )
Dulu aku pernah cerita kann...jika nak masak yang pelik luar dari kebiasaan tu, aku harus tunggu time my darling tu ke out station...ada strategilah kan...
Takmo dengar dia bla bla bla.....apa Yang masak ni....I takut nak try....

Ha ha ha...aku partnerkan couscous tu dengan ayam panggang
Tell you what...
We all makan ayam sampai habis you...
But
.
.
.
that couscous...hu hu hu 
my taste buds said, "Nooooo, I cannot take this!"

So did my daughter...she could not take much either!
I think I love my nasi goreng kampung forever...lebih dekat dihati...

So harap tak ada sesiapa yang terliur...OK.
Tapi kalau nak resepi you can visit here.

Friday, January 29, 2010

Rezeki

Seronok, seronok, seronok!
Syukur rezeki melimpah ruah...Alhamdulillah.
Hari ini aku rasa sangat gembira
Dapat kiriman 1 set pinggan pyrex, 1 set stoneware square in shape, gelas2, vase kristal,set cawan pyrex dan ahli2 seangkatan dengannya!!
Dibawa oleh adik kesayangan dari Kemaman...kiriman adik dari K.Terengganu.
Banyaknya my sister kasi! Aku kena mengemas2 kat dalam kabinet tu...to make room for the new ones...heh3. My sister tu...give them to me cos' she is waiting for her new ...... :)
Terdahulu...aku juga dapat kiriman ini...also from her
Tak tau pulak aku di mana my sis beli...whether kat London / Milan /Paris
Anyway, TQVM sis!!

Lovely!
+++

Ini hadiah dari anakanda Ju..Bought in Spain during her short visit recently.
Tapi belum dapat sentuh2 lagi!
Dapat tengok gambar2 pun cukuplah..
Thanks Ju. I like the designs on the plates. Lovely.

Agak2nya apa hidangan yang sesuai dengan pinggan dari granada nih?

Wednesday, January 27, 2010

Aktiviti pesara...


Akulah seorang pesara...
Cewah, macam nak bersajaklah pulak. tak pandai aku nak bermadah segala! straight forward jer aku ni..
Hari ni , cuaca hujan sekejap2...kejap hujan, kejap panas gitu
Pagi tadi "kami" (wanita2 yg majoritinya warga2 emas :)) ) menghadiri kelas mingguan kami
Pergilah dengar apa2 yang berfaedah di kala usia dah pun senja ni..

Aku bersama Datin Norzi & Hjh Jamilah
Hjh Jamilah selesai menunai haji musim baru2 ni...amat gembiranya dia kannn...
Mereka dok usha aku ambik gambar & letak kat sini...heh3!!
Kenape? sebab kami bertiga memakai jubah hitam...mak2 aji lah...wakaka

+++

Balik rumah dah pukul 11 pg
Apa nak masak untuk makan tengahari?
Buka "kitab"...
Dah selesai pun aku masak ni. anak aku request daging masak prune ni. hari tu dah pernah masak, dia kata sedap. terima kasih buat chef hanieliza.
Ini antara buku2 resepi chef hanieliza yang aku beli. senang sikit bila ada buku rujukan!
CL pun ada buku2 ni...chef hanieliza kasi kat dia baru2 ni...betul tak CL??
( CL baca ke tidak blog aku nih!! )


+++

Ini gambar2 aku snap malam tadi...
Sekarang gazebo2 aku dah dipasangkan lampu!
( jejaka "pujaan" ramai ahli PDKM !! )

Malam tu masa CL dok kat gazebo..,gelap jer, sebab tak ada lampu!
Sebenarnya suami aku dah lama nak pasang lampu, aku tak mau
Tapi bila malam tu nak bergambar dengan CL...gelap...tak best....alangkah best kalau ada lampu....leh ajak CL dok minum2 kat sini ke....baring2 ke ( ; D )...Nazir pun...

Jadinya minggu lepas...dah dipasangkan lampu
Nampak meriah sikit...Tengok tu...encik kanda sedang mengappreciate dia punyer taman!!
Nanti bila senang2...cukup ahli lembaga mesyuarat, bolehlah kita buat acara bakar membakar kat sini..

Tuesday, January 26, 2010

Minum Teh Lagi...

Bertempat di Shahzan Inn
Aku dijemput minum petang oleh Pn M & sahabat2...
Minum santai2 utk menghargai jasa pengetua Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah yang banyak menyumbang bakti kpd SMKPB...kini beliau telah bertukar ke MGS..

Sebenarnya aku terharu sebab walaupun aku dah sembilan bulan tinggalkan sekolah, tapi sahabat2 masih sudi menjemput aku join sekali...walaupun aku dah sebenarnya pesara!
Terima kasih semua.
Sungguh seronok dapat bertemu dengan kalian. Miss you all.
Those sweet memories are closed in my heart.

Minum petang

Santai-santai...sambil minum kopi!
Aku minum sorang2 jer...D tak minum kopi2 nih...dia suka minum air sejuk jer, tak kisah pun dia jika harga gula naik!
Sambil minum...main2 dengan kucing2 yang dok menghidu kerepok lekor...depa terliur
Ada sesape yang terliur dengan kerepok lekor yang aku beli kat kemaman tu...
Sambil2 tu, tengok2 kat langit...
Aku memang suka tengok langit...
Sambil2 tu, tengok2 kat kucing2...lihat si soyuz dah merajuk sebab aku marah dia
Buat muka 10 sen!

++++
Lagi2 minum petang...ni semalam
Yang kat atas tu kelmarin!
Eh eh...bukan minumlah, tak dak minuman tapi makan buah2an tempatan
Pastu sakit perut aku kerana makan banyak sangat...
Sambil2 tu, aku tengok budak dok buat stretching la
Aku dok YM dgn anak...juga FB dgn Nora kat Glasgow...
Aku sempat jugak buat "deko"...wakakaka

Petang nanti aku nak gi minum petang
Yahoooo....dapat jumpa sahabat2 tercinta. Looking forward!

Monday, January 25, 2010

HELP ME!

Ya Allah! patutlah budak2 tu dok komen....besar punya!....bapak beso!....giler beso! ....aku blur jer pun pelik.. he he he. Tapi bila aku baca komen Hajah Nora....."yang besar tu money plant ke?"....aku terkezut ternganga kejap! Cepat2 aku gi buka PC hubby....cari my stories....WAAAAHHHH!!! manyak besar lorr....apasal jadi itu macam? wo tatat tau lorr. Hiks, aku kena tunggu aku punya assisstant anak balik sekolah nak tanya sebab dan musabab kenape & mengapa kat aku punyer lappy ni tak ada imej langsung!! Inilah akibat kurang berilmu!

Sunday, January 24, 2010

Hanging Garden!




Ini tanaman ku tumbuh2an ku! Bawang2 yang aku letak dalam raga tu dan aku gantungkan...akhirnya tumbuh menjadi daun bawang. Senang aku! Sebenarnya, aku tak berhajat pun untuk mendapatkan daun2 bawang tu...tetapi dek kerana stok bawang ku yang agak banyak...acara masak pulak terkureng gitu...makanya bawang2 tu akhirnya tumbuhlah jadi daun bawang! daun bawang!
Maka jadilah Hanging Garden of Babylon! di dapurku...

Saturday, January 23, 2010

Nasi Dagang

Sudah lama aku mengidam nak makan nasi dagang terengganu
Aku suarakan pada darling..
En kanda aku segera cakap, " esok pagi kita pergi kemaman...makan nasi dagang"
Yeay! makan 2 bungkus!! Sedap!

Sebenarnya adik aku yang belikan....nasi dagang, apam kkuah, pulut gaul nyior, tepung bungkus dan beberapa lagi kueh tradisional terengganu...
TQVM Sis! We shall "visit" you again... :D

+++++

Aku juga sempat pergi ziarah MIL sis aku [ yang tinggal kat BA, KL]
Kurus jer aku tengok...tak ada selera makan..
Tapi yang aku dok perhatikan sejak dulu, dia tak pernah pun merungut tentang penyakit yang dideritainya...dia redha jer, wajahnya pun senyum jer!
Semoga Allah memberikan kekuatan kepadanya dalam menghadapi dugaanMu
Ya Allah! ringankan deritanya, ampunkan dosa2nya.

Lulu

"Bila nak skype nih!"

Wednesday, January 20, 2010

Masak apa tu...

Sabtu lepas, aku dok tinjau2 dalam kotak nih!
Hai...fening, fening tengok segala macam benda bersepah2...
Aku ni pemalas rupanya! malas aku nak kemas ni... :(

dalam aku dok tinjau2 tu
aku terpandang...
Couscous....oh couscous!
Sudah lama kau dok bertapa kat sini...
so plan nak masak untuk tetamu istimewa yang nak terjah tu kann...
tapi, alahai...semuanya menjadi angan-angan jer...

hari minggu, ingat nak masak couscous tu...(teringat kat Linda okid opah - misi kat IJN tu yang cun & pandai masak2 nih!)
Tetiba...En kanda ku cakap..."Yang, U tak sah lah masak pelik2 tu...I takut nak try..." !
Huuuuaaa...
Itulah ungkapan suamiku setiap kali aku ingin cuba resepi2 baru...mematahkan semangat aku
tak bagi motivasi! very de-motivated lah I kan..kan :((
yang peliknya jika aku dok cari bahan2 tu kat supermarket ke...dia yang tolong cari2kan...
kenkadang aku senaraikan jer, dia yang pergi belikan...
Itulah pak aji somi terchenta ku...( syyy...dia tak baca blog blog nih!! :))

Jadinya...tak jadilah masak couscous tu...
Tungguuuu , nanti dia pi outstation akan ku cuba try test guana nak masak couscous tu...

So...ahad tu aku masak nasi ayam.
Anak aku yang sorang tu, suka sangat makan nasi ayam.
Breakfast ( kol 10 ) dia makan nasi ayam
Lunch kol 12 pun , dia makan nasi ayam
Tea kol 4 pun, dia makan nasi ayam
Dinner pun dia makan nasi ayam!

Tapi kan...sedih..sob2...ayam penyet tu dia tak suka!!
(ayam penyet tu yg kalernya cerah sikit tu...!!)
Apakah aku gagal masak resepi ayam penyet ni??
Sendiri mau fikir maaa....

Sori...stori mori ku yang merapu bagai!!!

Monday, January 18, 2010

Kenangan...


Kami "bertukar-tukar" ....

Macam2 CL kasi...
Cebisan kain kiswah
Air zamzam
Minyak wangi Red Rose - Made in Saudi Arabia - alcohol free
Tasbih - sangat cantik!
Sulaman Ayat Kursi


Selain dari itu, CL juga kasi beras pulut, keropok, serunding...adui...banyaknya!!!
Terima Kasih CL...
Allah jua yang dapat membalas budi baik anda.

Sunday, January 17, 2010

Dia Datang!

Tak payah tulis saspens!
Dia tu sape?
Dia tu CL...

Huuuuaaaa!! kena terjah memalam ni....terKEzuuuT besar kami anak beranak...

Masa dok mesej...ingatkan CL datang lunch hari ini...

So, malam tadi..lebih kurang 8.30 mlm...aku pun mula nak sediakan / perapkan apa2 yang aku dah plan nak masak special untuk CL tetamu istimewa.

Tetiba bunyi loceng...jom intai2...sape tu?

Suamiku cakap...sah CL!!Sibuk menjawab panggilan...Makan ala kadar jer ya CL...Itu lauk segera!! Kantoi...memang tak puas hati kerana hasrat dihati tak dapat ditunaikan. Namun aku pasrah!!
Nasib baik pada sebelah petangnya, aku dah buat vanilla muffin, brownie, strawberry trifle & agar2 lapis...adalah sedikit hasil tanganku...hu hu hu..

Oh CL...nape hang wat akak camtu...

******

CL sedang menggunting kain kiswah. Hadiah paling aku hargai. Terima kasih daun keladi. Tahun depan nak lagi!
Walaupun pertemuan seketika sahaja...akak & suami amat berterima kasih kepada CL ( dan juga kpd Nazir !! ) yang bersusah payah meredah kegelapan malam datang menemui akak!! Mudah2an persahabatan kita berpanjangan & diberkati Allah SWT.

Wednesday, January 13, 2010

BAS


Apa itu BAS? Bas ialah sejenis kenderaan. itu semua orang tau ler.
Tapi ini istilah yang sorang sahabat ' rakan sebaya...rakan pencen' yang bagi tau...
BAS tu katanya:

Buat Apa Suka
Buat Apa Sempat
Buat Apa Saja
etc

Kenapa sahabat tu kata begitu? Sebab sekarang dah pencen...dah tak terikat dengan keje,
so boleh lakukan aktiviti2 yang kita tak berpeluang lakukan masa kita keje dulu...

:: BAS = Buat Apa Suka ::

Macam aku...dulu wat experiment kat lab bersama2 dengan student..
sekarang adalah masa nak wat experiment kat dapur pulak...

kadang2 experiment kat dapur ni...ada yang jadi & banyak jugak yang tak jadi...
hu hu hu :(
biasanya kalau nak wat experiment kat dapur ni...aku tunggu time D tak ada kat umah!
Nape?? senang cerita....kalau tak jadi tak der orang yang pot pet pot pet...he he he..

+++

:: BAS = Buat Apa Sempat ::

Sekarang ada masa untuk aku belajar2 sikit...
Hari Sabtu, ustaz ajar aku!


Hari Rabu, ustazah ajar aku!
Aku orang pencen baru nak belajar...hu hu hu


Syukur kerana Allah SWT bagi peluang kepada aku untuk BAS!! Semoga "BAS" yang aku naiki tu menuju ke destinasi yang diredhaiNya.

Sunday, January 10, 2010

10-01-10

Saat ini blogger PDKM
Tn Hj Azli sedang mengadakan pertemuan ramah-mesra dengan semua pengikut blog PDKM
Bertempat di Masjid Muadz, Taman Setiawangsa.

Kepada CL, kak nab doakan kelancaran majlis ini
Semoga pertemuan ini dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab di kalangan pengikut semua
Akhirnya, dari alam maya menjadi realiti...
Walaupun akak tak dapat hadir, namun anda semua di hatiku..
Salam untuk semua...tadi akak dah bagitau CL supaya sampaikan salam akak..

Saturday, January 9, 2010

Ragam

Kucing2 aku sentiasa membuat ragam..
Macam2 ragam...aksi2 ragam...
Si Kiki kat atas tu sedang cuba refleksologi kakinya!
Si Milo ni suka "gelek2kan" badannya kat pokok...kat rumput...kat mana2lah yang dia suka.
[ Milo dah 'lari dari rumah'!! :( ]

Lagi satu hobi Si Kiki adalah masuk dalam tempat2 yang dia boleh "rehat'kan mindanya!!
Sorokkan diri dari gangguan orang...kah2
Yang Kiki amat minat ialah menyorok dalam tempayan...

Itu adalah antara ragam kucing2 kami!

+++

...Ragam Kanak2...

Suatu petang kala hujan lebat bulan Disember baru2 ni...
Kedengaran riuh rendah 'kanak2" keseronokan bermain hujan

Aku lihat ada tiga orang "kanak2" sedang mandi...
Wah! seronoknya mereka...
Yang sorang tu tak leh nak tunjuk kat sini ...


+++

::: Ragam Lagi! :::

Suatu malam...ketika aku dok kat meja melayari internet
Tetiba pintu bilik ku diketuk orang!
Tanpa memandang ... aku kata masuklah..
Terkezuuut aku!!
"Budak2" niiii....

Terjumpa pulak jubah yang mereka beli di Madinah dulu...
Katanya mereka sedang mengemas almari
Lalu kembalilah nostalgia sewaktu mereka berpakaian sedemikian di Tanah Suci..
Mereka nak surprisekan aku...
Nah!! aku surprisekan mereka kat sini!!
Wakakaka!!

Monday, January 4, 2010

HCMC day 3


Kami mencari sendiri tour agent untuk membawa kami ke Mekong Delta River cruise
Each person has to pay USD42 ( without meal )
Kami bertolak jam 9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam dari Sai gon ke My Tho City.



Cruising on Mekong river to see the daily activities of local people.


Naik sampan kecil pulak...aku dengar pelancong mek salleh tu bertempik-tempik...takut naik sampan tu...we go through the small canal...(aku berdoa sepanjang masa...takut sebab aku tak tau berenang! )
We had fun!

Gigih betul wanita2 vietnam mendayung...demi mencari rezeki..
Yang lelaki pun ada jugak...