Wednesday, March 31, 2010

Ubi apa?

Ini adalah ubi kegemaranku. Setiap kali suami pulang ke K.Bharu, dia akan belikan aku ubi ini. Biasanya dia belikan yang belum direbus...RM4 se kilo.
Ada sekali tu..semasa aku mengandung anak yang ke 8 ( ramai anak ku :D )...
Aku mengidam nak makan ubi ini...puas suamiku cari sana...cari sini
Intai sana...intai sini..
yelek...enggak ada si..
Rupanya ada musim2nya juga ubi ini boleh di dapati..
Sudahnya?
Sampai aku bersalin...aku tak dapat makan!!
Sib baik tak kempunan..
Orang tua2 kata...anak yang dilahirkan akan meleleh air liurnya jika apa yang ibunya mengidam tak dapat dimakan sewaktu bayi itu dalam kandungan..
Tak pun...itu hanyalah kebetulan jer...
So...sape tau apa nama ubi itu??
Warnanya itam...tapi bukan ubi pak itam..hehehe!!

Tuesday, March 30, 2010

Bahagia...


Sudah lama tak letak gambar masak2ku...hiks
Semalam buat muffin..
Hari ini aku breakfast dengan muffin + nescafe-breakfast-3-in-one
sebab apa breakfast dengan muffin jer?
sebab al-malas ler nak prepare sarapan...apa lagi nak pergi beli.. :((
biasanya darling yang pergi belikan...hari ni darling dah outstation ...
aku tak kisah..apa2 jer aku makan jika perut ku sudah bagi amaran untuk diisikan..hahaha.
AZ kata Mrs Z gantung apron!
Aku selalu jugak gantung apron...kadang2 gantung separuh jer apron tuh...
maknanyer..aku masak satu jenis lauk jer .. atau dua :))
yang paling aku senang hati masak ialah tomyam...semua dah ada kat dalam ayam..udang..sayur..lengkap!

Sekejap dah masak...nyummy!
Bahagia...anak2 suka ...
Darling pun suka...tapi kena ada ayam goreng kunyit...kasi garing!
Tengahari...licin!
Alahai...malam kena pikir nak makan apa budak2 tu..
Hmm..bahagia kejap jer..

Saturday, March 27, 2010

Suka-suka

Aku suka kutip bunga2 yang gugur
Letak dalam talam + air = deko!
Talam tu yang satu2nya aku ada..
Sekejap jadi bekas kucing aku makan
Sekejap jadi bekas deko aku :))

Tak biasa tunjukkan "kebun" En Kandaku kat sini..
Kadang2 terlalu semak..tak kuasa aku nak cabut rumput-rampai tuh..
Hari tu dah buat MOU..itu keje dia!!
Apabila dia "rajin"...pokok2 ulam raja ni pun akan jadi mangsa dia..
Oh! janganlah Yang...i suka makan ulam raja cicah air asam :)
Kanda aku punyer pokok2 cili..
Punyerlah dia sayang, hari2 dia siram! 2 kali sehari gitu..!!

+++
Skodeng!!

Si Kiki...mengantuuuuuk! Tapi aku dok snap2 gambar dia...
Lalu si Kiki buka matanya..oops!

Lihat Si Soyuz and mamanya dok berbicara di bawah gazebo..
Entah apa ler isu yang mereka diskus tu..
Apakah mereka tanya..nape CL tersenyum tu...
Hahaha...skodeng CL hari tu !!

Thursday, March 25, 2010

Celotehku...


Nak cerita sikit...bukan gossip arr...ini kisah benar
Kepala paip yang disambungkan ke mesin basuh ini dah lama bocor...
Setiap kali mesin bertugas, ada air keluar...aku sentiasa tadah dengan baldi...
Dah tak kuasa aku nak suruh2 darling aku tu repair...Serik aku! itu hari dia repair paip yang kat dalam bilik air...sampaikan tak sempat pergi ke surau...dia akan bermati2an nak siapkan jugak! Tapi...siap tu siap ler...tak seelok mana pun...
Esoknya, kena panggil tukang jugak yang repair!! hahaha...
Semalam...dia buat kerja repair lagi...
Lihatlah sendiri... :D

+++

Ini pun satu hal jugak!
Dah hampir setahun darling aku beli net untuk basketball. Tiangnya tiada! So,hari tu anak2 aku sangkutkan net itu kat pergola. Sekarang ni net itu dah masuk stor! Dulu lagi aku suruh beli yang siap macam dalam gambar tuh...tapi dia kata nanti dia buatkan tiang tu...heheheh :(
Tunggu punya tunggu...
Semalam...nampak tiang + net basketball kat giant
Ada satu ini jer...
Suami: Adek ( pekerja giant ) tolong angkat tiang gol itu turun..pakcik nak beli.
Adek: Rosaklah pakcik...tak ada stok dah.
Suami: Apa yang rosak..pakcik tengok elok jer..tak per..pakcik nak beli jugak yang ini.
Aku: (biar betul pakcik nih...rosak pun nak jugak)
Adek: Screw tak ada.
Suami: Oh..tak per, pakcik beli screw.
Adek: (mengeluh)...nak kena buka dulu..kalau tak , tak muat kete...
Suami: Tak per..biar pakcik bukakan..
Adek: ( lama menghilangkan diri pi cari screwdriver!)

Sebenarnya, tak ada apa pun yang rosak dengan tiang gol itu...cuma budak2 yang kerja kat area tu, malas nak tanggalkan screw...tu jer!!

Petang semalam "kanak2" yang berdua tu pun bermain-mainlah!

Tuesday, March 23, 2010

Birthday...

23/03/08 - 23/03/10

Hari ini adalah hari ulang tahun 'kelahiran' ....My Stories....

Sudah 2 tahun usianya
Ramai kenalan ditemui di alam siber ini
Pelbagai cerita dapat dikongsi
Saat mula memblog tak pernah pun aku fikir yang aku boleh bertahan
Namun itu sudah ketentuanNya.
Aku gembira!

Sunday, March 21, 2010

I felt so special...




Last Friday - March 19th, 2010

Me & hubby felt so happy! We were then shown the Kaabah .. live!..
Alhamdulillah. TQVM CL.

Saturday, March 20, 2010

Kunjungan

Sahabat yang sentiasa ingat kepadaku..
Jaiton & Azzah..mereka datang ziarah dan membawa nasi dagang untukku..
Pandai Ton masak...sedap!
Biasalah mahu posing..kalau tak macam tak lengkap ziarah!

+++
Petang Khamis terima kunjungan adik2ku bersama dengan anak masing2..
Bermain2 air..main2 ping-pong..makan2..

Seronok bila ramai2 berkumpul..
Mereka bermalam dirumahku, dan esoknya mereka ke Gambang Waterpark.

Wednesday, March 17, 2010

Kerja-kerja


Kerja-kerja merumput ni tak pernah selesai. Kejap nak kena trim rumput2, buang those unwanted weeds, pangkas dahan yang terlalu besar, lalang2 yang berserabut...fuuuh!!!
Tapi, buat sikit2..sambil2 berhibur dengan bermain2 dengan mek itam kesayanganku..
My darling D pulak sibuk nak tanam pokok2 kat luar pagar
Nak menyerikan lagi jalan laluan kat rumah kami
Kebetulan hari itu, jiran2 berpakat..ada 5 buah rumah sejalan dengan rumah kami..bersetuju untuk menambah keceriaan Jln 15.
Semasa D menanam..aku harus ada berdekatannya..bagi sokongan. Aku ambik gambar..unjukkan itu-ini yang dia order..hah..penat gak!
Tengok tu..yang dalam wheel-barrow tu..aku yang isikan anak2 pokok tu semua dan tolak ke tempat yang D nak tanam...berpeluhlah jugak aku..:(
Inilah rupa lanskap ala-kadar yang kami buatkan..cukup dengan tanam rumput karpet dan pokok pinang..pastu tambahkan dengan sedikit pokok2 bunga putih tu (ntah apa nama!)

Lepas penat buat kerja..makan
Kucing makan, kami pun makan!
Kucing aku makan dalam talam. Aku makan dalam pinggan!
Ada yang teringin nak makan dalam talam tuh..

Saturday, March 13, 2010

Hujan

Hujan!
Dua tiga hari ni hujan dah mulai turun
Setelah sekian lamanya kemarau
Alhamdulillah!
Saat ini langit nampaknya gelap..menandakan hujan akan turun
Kami seronok...pokok2 pun seronok...
Tapi kanak2 yang riang-ria-seronok mandi ujan tu tak der kat umah..
Kalau tidak tentu dia seronok mandi ujan..heheheh
Teringat zaman kanak2 dulu..suka mandi hujan!
Berlari-lari keliling rumah..berkaki ayam
Seronok!

Thursday, March 11, 2010

Bila aku malas...


Hari itu...dek mengikut si suami pergi ke nurseri sana sini..
Aku pun termalas nak masuk dapur
No problem...D kata kita tapau semua yang berkenan di hati..
So dek mengenangkan asam pedas kat umah pak itam hari tu, aku pun angkat dua jenis asam pedas..hehehe
Aku angkat sikit2 jer..sebab aku tau anak aku takmo / tak suka makan lauk2 macam nih..
mereka lebih suka yang aku masak, even though telur dadar jer ke!
Petangnya..aku terpaksa masaklah...
Tak habis pun lauk tu semua.. :(( ...kecuali asam pedas...sedap!
+++

Western food!

Esoknya..D aku ke outstation..he he he
No rice-day?
Yea..time untuk western food!

+++
Apabila D tak ada ... susah / malas nak keluar cari makan!
So...buat sendiri

Breakfast...sandwiches.

Lunch aku goreng nasi...sebab ada nasi lebihan malam tadi punyer
Buat nasi goreng sempoi2 jer..

Jemput-jemput pun aku buat ...ini aku punya breakfast,lunch & tea!! hahaha
Memang aku jemput-bawang-mania..yup


The whole day tu lah ajer yang kami ber3 makan..
Of course malamnya bila lapar, terpaksa makan apa2 yang ada dalam peti sejuk
Biasanya stok yang ada ialah buah2an...yogurt...coklat :))
Makan kerepok..biskut..
Kalau rajin masak maggi ...budak2 suka gak makan sekali sekala...tapi yang ni aku kurang minat.
Cerita makan tak abis-abis.
Jangan terliur sudahlah...tak der apa nak diterliuri..ada ke perkataan ni?
Namun..
aku
terliur
.
.
.
.
.
chicken mandy.

Wednesday, March 10, 2010

Jemput semua warga PDKM

Anda terkejut?
Aduh...meleleh air liur gi umah cl..tengok dia belanja staf dia makan chicken mandy..
Nah..mari-mari sini kita makan ramai2..
Semua sekali dijemput...makan dalam dulang gergasi..hehehe
Hari tu pak itam kata dia teringat makan dalam dulang masa dolu-dolu....jom lah!
++++
Inikah dulang yang pak itam maksudkan?
Dulang tu jadi tempat kak nab letakkan bunga2 yang berguguran...rendam dalam air..letak bawah pokok...jadi cam deko gitu!
Kadang2 jadi dulang kucing2 ku makan!

Monday, March 8, 2010

Meow-meow

Lama tak upload gambar2 kucing2ku...
Khas untuk Ju...nah tengoklah...si hensem soyuz, mek hitam si lulu!
Posing...tau aku nak snap gambarnya!Buah hatiku...eveready jika lihat aku pegang kamera!

Mengantuk! Waktu kucing2 tidur...tengahari, merata-rata mereka cari favourite spot.
Only Kiki yang dibenarkan masuk dalam rumah sekali sekala...so, dia pun ambik peluang tidur atas sofa..most of the time, dia suka tidur kat bawah gazebo!
Tengok pak tam buat stretching tu...!!
(bukan pak itam norr :D)

Relax...ni waktu petang time kita orang ada kat luar...meow-meow pun nak join kami santai-santai...alahai! mc lulu tu nampak sweetnyer dok mengintai!

Bermanja-manja...hanya kiki yang benarkan dirinya diperlakukan "begini-begitu"..heh3
yang lain2...sori, tak boleh nak dukung ke..peluk2 ke..tak suka!
Kiki yang selalunya adventurous...masuk dalam tempayan aku yang besar dengan ketinggian tempayan aras pinggangku...ingatkan tak boleh keluar...tapi dia tahu cara macamana nak keluar...ketawa kami bila tengok telatah kucing2 ini.

Saturday, March 6, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Hari ini muslimat Taman Guru mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul bagi tahun ini.
Majlis bermula dengan bacaan Yassin dan tahlil.
Kemudian dikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh ustazah Fairos yang bertajuk
"Muslimah dan Keimanan"
- bagaimana cara kita hendak meningkatkan keimanan kita.

Marhaban...ceramah...jamuan
Makan time!
Hidangan makan tengahari tadi.
Agak meriah juga sambutan muslimat tahun ini jika dibandingkan dengan tahun yang lepas. Semoga lebih ramai lagi yang akan menyertai program2 muslimat yang telah dirancangkan bagi tahun ini.

Thursday, March 4, 2010

500th...

Ini adalah entri yang ke 500!! ntah hapa2lah yang aku dah tuliskan kat blog aku ni..kebanyakkan entri yang merapu-rapu..harap pembaca2 tidak condemn aku sudahlah...heh3!

Aku amat bersyukur kepada Allah SWT di atas limpah kurniaNya menjadikan aku seorang yang lanjut usia (5 Series!! ) dan celik IT! Tidak aku sangka aku rupanya boleh 'mengarang'!! hahah...;)
Sekarang ini aku punyai masa untuk berblog..mengecapi hidup yang lebih tenang, riang dan penuh gembira. Warga emas seperti aku... (CL panggil Golden Girl! ) perlukan gembira itu hadir dalam hati, kerana ianya merupakan ubat 'ajaib tanpa doktor dan tanpa kos! Mungkin gembira bagi aku ... tidak pula menjadi kegembiraan bagi orang lain. Aku yakin Allah SWT akan menggembirakan kita jika sekiranya kita boleh menggembirakan orang lain.

Begitu juga jika kita menghadapi masalah..hadapi dengan tenang dan cuba selesaikan dengan sebaik mungkin..dan apabila telah selesai dan sudah berlalu, kita jangan ungkit-ungkit lagi..kerana ianya dikhuatiri boleh menyebabkan kita sedih. Bila kita sedih kita tidak ceria maupun gembira...dan wajah pun cepat tua...heheh. So, petua awet muda..hati kena baik sentiasa! Juga banyakkan berdoa ketika lapang dan ketika masih diberikan nikmat sihat ..kerana ini adalah tanda kita bersyukur kepada Allah SWT.
Setiap masa boleh berdoa..misalnya sewaktu memasak..aku pun selalu berdoa dalam hati
"Ya Allah...sedapkan masakanku ini" atau pun berzikir..kelak makanan yang kita sediakan itu berkat dan anak2 yang memakannya pun akan menjadi anak2 yang senang diajar, Insya Allah.
Ewah..merepeklah hari jumaat nih. Sekian dulu.
Suka baca..tak suka tak usah baca!

Wednesday, March 3, 2010

"Berdamai" ...

Niat di hati nak buat serangan balas ke CL!
Tapi..tak sampai hati pulak..heh3. Biasalah..aku suka mengalah, dengan sesiapa pun.
Dengan cara mengalah berbaik-baik..hati aku akan tenang..
Aku pun tak perlu lari nyorok dalam cuchi tunnel tension2 dok fikir adakah scud akan timpa aku lagi dari arab saudi Al-Safwah tuh...

Makan "berdamai" !!


[ Bila agaknya time CL nak jadi macam dalam gambar tu!]