Tuesday, April 27, 2010

Kempen Makan Tempe


Tempe oh Tempe!
Anak lelaki aku yang pernah tinggal kat Padang Jawa, Kelang tu...tetiba dok cerita kesedapan makan tempe...
Dia beritahu yang hari2 dia makan tempe!! So, sekarang sudah berbulan-bulan dia tak makan tempe....huuaaa :(
Jadinya...aku yang tak pernah masak tempe ni pun dengan gigihnya mencari resepi2 nak masakkan tempe untuk si anak yang mengidam nak makan tempe tuh...

Aku tak lah berapa gemar makan tempe...maklumlah...orang Terengganu...pastu orang rumah pulak oghe Kelate!! Tapi kan...jika sesekali ada masakan tempe kat mana2 aku pergi, aku makan...aku suka mencuba...sedap!!

Hari ini buat kali keduanya aku masak tempe! Aku dah ubah resepi...buat aku punyer versi...lagi sedaaap!! Anak aku yang kata sedap tu...hehehe
Aku campurkan dengan crabstick + chicken popcorn...marvellous !!
Yang ini masak semalam punyer...campur bilis
Habis licin budak tiga orang tu makan!

Hari ini jam 11 pagi dah siap masak!
Masak awal sebab tak breakfast...semua berazam nak reduce weight...hahaha
Semua ( aku & en kanda! ) tak breakfast...we had brunch.

Masak...masak...masak...makan...makan...makan!!
Waktu aku dok buat entri ni, budak2 tu tengah makan...habis licin tempe tu... :)
Nampak gayanya , nanti kulit muka memasing akan cantik ler...tegang, tak payah guna botox!!
Tuan2 & Puan2 tentu tau kan khasiat tempe tuh..
Hidangan hari ini...
Sambal tempe, sambal sardin, paru goreng berlada,kacang panjang goreng,kerabu mangga..
+ ikan kerisi goreng+ telur dadar

Anda suka makan tempe?
CL suka? Pak Itam pun suka? AZ suka ke? Catz mesti suka punyer...dia ada blog Tempe...hehehe
Selamat BerTempe!!



Bali (4)


Antara ornamen / deko yang menarik perhatian aku..
Budaya Hindu...sana sini ada patung2...bukan pepatung tau..


Yang paling aku minat...ukiran2 ...pokok2 yang subur...


Deko yang cantik...very nice view
Rasa nak terjun dalam kolam tu...tapi tak bawa pulak swimming suit...hahaha!
Ngurah Rai International Airport, Denpasar
Banyak kedai2 souvenir...this airport is larger than airport kat Jakarta tu..

Sunday, April 25, 2010

Bali (3)

Bali lagi!Selepas pulang dari Tanah Lot
Kami dibawa ke tempat ni..iaitu tempat yang menunjukkan acara kebudayaan Bali
Tapi, sedikit kecewa kerana tiada pertunjukan di sebabkan hujan yang tak henti2..
So...klik sana klik sini...
Ada banyak gambar...tapi tak larat nak pilih..Layan jer gambar2 nih!
Aku minat dengan buah itu...tapi tak tau apa namanya! Hari tu masa aku pergi Bandung, aku juga jumpa pokok ini..
+++
Pulang dari Tanah Lot, pak supir bawak kami ke restoren masakan padang...aku suka ayam bumbu & jus apokat!
+++

Waktu petang...free & easy!!
Kami berjalan ronda2 sekitar bandar Kuta...
Kami menyusuri Pantai Kuta dan terserempak dengan upacara keagamaan hindu yang sedang dijalankan..
Entah apa jampi mentera yang mereka lakukan...di depan ketua mereka diletakkan seekor ayam dan seekor itik...azab sungguh kedua2 haiwan itu diikat kakinya...
mereka menggunakan peralatan muzik gamelan!
Terdapat beratus-ratus orang yang mengambil bahagian...mereka semuanya berpakaian putih..
Nasib baik aku tak pakai baju putih...hahaha :))

Di akhir upacara tersebut, itik & ayam dilemparkan ke dalam laut...
Itik itu terselamat...ayam tenggelam dan mati...
Aku ingat ini ialah upacara memuja semangat hantu laut kot...
Begitulah...mereka yang kafir ini masih tebal dengan kepercayaan mereka
90% adalah beragama hindu.

Bersyukurlah kita yang dilahirkan sebagai orang Islam
peliharalah akidah kita!!

Saturday, April 24, 2010

Bali (2)

::Bali ::

Kami tiba di Ngurah Rai Airport, Denpasar , Bali kira jam 6.10 minit petang waktu tempatan...waktunya sama dengan waktu di Malaysia. Hujan renyai2 menyambut ketibaan kami berdua. Hari dah mulai senja.Wakil dari Wina Hotel Holliday Villa dah menunggu kami. Perjalanan dari airport ke hotel yang terletak di Kuta, hanya mengambil masa kira2 dua puluh minit sahaja.
Keesokannya kami mencari travel agent di lobi hotel untuk urusan bersiar-siar di pulau ini. Dengan bayaran Rp400,000 untuk sewaan coach, kami boleh ke mana saja untuk jangka masa 6 jam.Kami hanya berminat untuk ronda2, tengok2 sahaja..tidak berminat untuk masuk ke temple dan sebagainya!Pertamanya pak supir itu membawa kami ke pantai yang sangat cantik iaitu Tanah Lot. Untuk masuk ke kawasan pantai ini, dikenakan bayaran...lupa pulak berapa Rp yang kena bayar!! Kelihatan ramai pelancung, masing2 berpayung kerana hujan. Kami berjalan-jalan sambil2 bergambar.

Satu pemandangan yang kita akan sentiasa jumpa di Bali ialah pintu2 gerbang yang dipanggil pura.

Terdapat banyak patung2 di sana sini...unsur2 hindu, kerana majoriti penduduk Bali beragama hindu.

Jika datang waktu senja agaknya lebih cantik pemandangannya, lebih romantis...dapat lihat sunset...sambil bercanda-canda di pantai ini. Oleh kerana hujan, kami fikir tak dapat lihat sunset pun!!
Memang cantik sungguh panorama di Tanah Lot ini.

++++

Kepada yang berminat untuk membaca lebih detail mengenai Bali, silalah ke Blog Tepak Sireh.
Blog anak muda ini mengandungi gambar2 yang dramatik & fantastik. Rush merupakan seorang yang sangat pandai berkarya.Dia telah travel ke serata dunia. Lihatlah dua keping gambar di bawah ini...

( Gambar dari Blog Tepak Sireh )

Thursday, April 22, 2010

Bali (1)

::MH853::
Kuala Lumpur - Denpasar

::MH714::
Denpasar - Kuala Lumpur

++++
Gambar2 / stori about the trip kena buat entri lain...
Siang tadi ada internet problem, lewat petang baru boleh akses..tapi petang nak kena sapu daun2 yang berguguran, sebab dah 3 hari tak bersapu!
Sekarang mata dah mengantuk...zzzzzzzzzzz
Esok pagi nak ke KL..baju2 belum pack lagi!

SELAMAT HARI LAHIR BUAT JA

:: 22 April 2010 ::

Selamat Hari Lahir buat anakanda Zarina bt Shamsudin
Kami doakan kepada ALLAH SWT : semoga diberikan kesihatan yang baik...dipanjangkan umur untuk beribadat kepadaNYA...dimurahkan rezeki...
Semoga BERJAYA di dunia & akhirat. Amin!

Sunday, April 18, 2010

Pening kepala...

Sehari dua ini aku rasa sungguh bahagia..ceria..sihat..
Alhamdulillah..dengan izinNYA dapat meneruskan kehidupan hari ini..

Alhamdulillah..malam tadi hujan agak lebat..membasahi bumi yang kekeringan sejak beberapa minggu ni..
Pagi tadi pun hujan turun lagi...Sekarang pun hujan nak turun...bunyi guruh di langit...
Pokok-pokok nampaknya segar..segah dek dibasahi air rahmat dari langit
Begitu jua pokok2 cili yang suamiku tanam.+++

Tapi...dalam keceriaan sebegitu...

Tetiba..

Kepala pening!!
Ada berani ke naik ini kereta?

Friday, April 16, 2010

Riadah

Hari ini aku beriadah!
Berazam untuk kurus...hehehe!
Supaya lebih sihat & cergas...lebih berstamina. Dah lama tak brisk walking. Dulu2 aku ada buat brisk walking...dua pusingan kat kawasan rumahku ...lebih kurang 2.5km..kira OKlah bagi wargamas macam aku nih! Esoklah aku jalan-jalan pulak...tapi bukan jalan-jalan cari makan...ampun!! I have to reduce my weight, I am serious. Sejak bersara...asyik ikut hubby jer, ikut dia makan...tak boleh jadi...!! Dia nak makan..biarkan dia but not me :D

Thursday, April 15, 2010

Gosip!


Suspense! Jangan marah..nak stori-mori sikit.
Biasanya jika kami ke nurseri...suami aku sibuk tengok pokok2..sibuk tanya2 kat apek tuan punyer nurseri tuh..Aku? aku pun sibuk lagi sibuk...klik sana...klik sini..guna kamera cap ayam jer..bukan macam kamera pak itam tuh..bukan, bukan!!

Tuan2 dan puan2 kenal pokok ini? Biasa tengok kan..
Tau tak apa nama tumbuhan ini? Tau...bagus!
Tak tau?
Tak per! no hal..

Yang ini sejenis tumbuhan herba...biasa orang gunakan dalam rawatan tradisional..
tapi aku lupa pulak apa namanya...
Hah...ingat..ingat...namanya Mas Cotek..hehehe
Nasib baik bukan nama cg mas ke..mas mona ke..
Darling aku cakap mas cotek ni..
ada jantina gitu..
meaning that there are male plant & female plant..
Lupa pulak nak tanya
Yang Mas Cotek ini male or female..
Sape tau? Jawab...

Tapi kan...
=
+
*
&
^
$
#
@
!

Aku agak semua orang tau ler..
Tau apa?
Pokok ini....
Lelaki ke perempuan!!!!

Ooops!!
( picture from mr google )

Sunday, April 11, 2010

Bersama tetamu


Cerita tetamu lagi..
Rakan lama dari KT berkunjung ziarah kami.

+++

Malam tadi aku buatkan baked macaroni untuk anak saudaraku Ira
Selalu dia dok terliur bila tengok kat blog...hahaha
Suatu hari dia request kat FB..
Aku bagitau kalau nak makan marilah ke rumah mak long...aku lah tu..

So,buat ayam bakar dua tiga ketul...
Kurang meriah sebab yang makan empat orang jer..
Nampak Ira happy sangat..kawannya yang berambut panjang tu filipino..tau cakap omputih jer..pangako sayo!
Aku tak join pun mereka makan2 tu..aku lebih minat ambik gambar!!

Saturday, April 10, 2010

Rezeki

Kelas agama muslimat pagi ini

Kaedah Mencintai Allah
Ketahuilah bahawa sesungguhnya hamba (manusia) itu mempunyai tiga amalan, iaitu:

1. Amal hatinya, iaitu membenarkan (percaya). Amal hati yang membenarkan itu tidak dapat dilihat, tidak dapat didengar dan hanya dapat dimengerti.
2. Amal lisannya, dan ini dapat didengar.

3. Amal gerak anggotanya, ini dapat dilihat.

++++

Malam Jumaat
Majlis baca Yassin & solat hajat
Seperti biasa...ada makan2
+++

Hari semalam adalah hari menerima tetamu...
Dari pagi sampai ke malam ada tetamu
Alhamdulillah...tetamu bawa rezeki kepada tuan rumah.
Yang lama tak jumpa...bekas pelajar ku tahun 1988..tetiba datang nak jumpa cikgu..rindu katanya!
Suamiku juga ada tetamunya...ha..dok kat beranda jer, minum kopi

+++
Malam pula adik ku dan familinya datang..
Aku hidangkan spaghetti bolognaise..
Tengahari tadi ada lagi tetamu datang dari Kemaman
Mereka bawak nasi dagang...
Jap tadi ada lagi tetamu datang...dari Kuala Terengganu
Mereka bawak kerepok lekor!!
Waduh2...lumayan rezeki kami..
Alhamdulillah!

Thursday, April 8, 2010

Bonda dalam kenangan...

:: 9 April 2008 ::
Genap dua tahun Bonda tersayang Hjh Aminah bt Isa telah kembali ke Rahmatullah
Banyak kenangan yang kami kongsi bersama-sama
Jasa bonda tidak akan terbalas oleh kami semua

Aidil-fitri 2007 merupakan hari raya terakhir buat kami semua
Mudah2an roh bonda tersayang dicucuri rahmatMU
Dan ditempatkan bersama-sama para mukmin

Aku hanya mampu berdoa dan berdoa dan berdoa kepada Allah SWT...
Tiada apa lagi yang mampu aku bantu
Berdoa & memberi sedekah dengan berniatkan pahala untuk kedua2 ibubapaku yang telah pulang kepada Al-Khaliq...
Tenang & damailah di sana
Tiba saat dan ketika
Ke sana jua aku akhirnya.
AL-FATIHAH.

Wednesday, April 7, 2010

Mesyuarat KRT

Petang tadi telah berlangsung mesyuarat bulanan KRT Jalan 15,
Ahlinya terdiri daripada 5 keluarga ... 5 buah rumah jer! Yang bermesyuarat hanya empat orang..seorang tidak hadir . Entah apa yang mereka bincang, aku tak ambik kisah...nampak macam berbual-bual jer. Mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk A.Rahim.
Selepas mesyuarat, minum petang.

Sambil beramah tamah...kami sentiasa berjumpa di surau...sekali sekala ajak bertandang ke rumah..
Hidangan senang-buat-punyer... aku goreng mee, buat sandwich telur,
muffin & puding mangga.
Muffin dah buat semalam...sebab ingatkan mesyuarat tu semalam...
Tapi dibatalkan...
Bulan depan rumah siapa pula tempat mesyuarat?

Monday, April 5, 2010

Tribute to Tn Hj Arshad


Aku suka blog-hopping..
Suatu hari aku terjumpa blog Kehidupan Mekah
Aku sangat gembira
Sebab aku memang obses dengan kisah2 di Mekah..
Apa2 kisah lah...aku tak kisah!
Ada aku kisah ( pinjam kata2 AZ )
Sejak itu..hari2 aku akan ke blog Tn Hj Arshad
Baca tazkirah...baca cerita...dan tengok gambar2 yang menarik..
Suatu hari aku tinggalkan komen..
Aku kata aku suka gambar burung2 merpati tu..
Dan
Tn Hj Arshad telah mendedikasikan gambar di bawah ini buat aku!
Aku...amat terharu.
Biasanya Tn Hj Arshad akan selitkan jua gambar2 burung tu dalam entri2nya

Tn Hj..mohon izin 'ambik' gambar2 kat blog tuan..
Dah ambik dulu baru minta izin!!
Kak Nab nak ucapkan terima kasih kepada Tn Haji Arshad kerana sudi melayan permintaan akak.

Sunday, April 4, 2010

Skodeng CL...

Aku dok depan laptop..
Tengok CL invite kat webcam dia..

CL baru nak breakfast...

CL tak tau aku skodeng dia...hahaha