Thursday, December 30, 2010

Syabas Malaysia !!!


Syabas!!
Semua rakyat Malaysia gembira dengan kemenangan skuad negara malam tadi....
Aku pun turut gembira.
Rasa nak makan bakso pulak :))

Monday, December 27, 2010

Sardin & tempe

1. Suka sangat masak sambal sardin untuk anak2...apa tidaknya ----> senang :))

2. Suka masak sambal tempe tahun ini...kerana ada peminat yang tolong habiskan ----> :))

3. Suka goreng sayur kacang panjang + kicap manis kipas udang + udang ----> sedap & berzat

4. Suka beli kerabu mangga ---> kerana saya suka makan.

Sekian sesi masak-masak hari ini. Jumpa lagi !



Sunday, December 26, 2010

Hijab


I was blog hopping...and I met the Queen !
She was in hijab...during her visit to Abu Dhabi...
What catches my eyes...is the lady in black...
I love the abaya...

Saturday, December 25, 2010

Hadiah Buat Rai...

:: EOS 60D ::

Ayahnya berjanji untuk memberi hadiah jika dapat 8A
Hari semalam pergi cari sana-sini-sana....yelek!

Hari ini pergi sana-sini...pun yelek jugak...
Tapiiii....ayahnya say yes jika dia mau model yang lain...
Apa lagi...double happiness lah...

PS: Semoga hadiah itu menjadi motivasi untuk lebih cemerlang dalam SPM nanti...

Breakfast


Ini menu breakfast tadi
Eh..semalam pun breakfast ini jugak...
Eh..eh...dah seminggu breakfast, lunch, dinner ----> menu yang sama :))

Tak per lah kan...
Itu kira rezeki jugak ! Alhamdulillah....

Thursday, December 23, 2010

Alhamdulillah


Alhamdulillah...
Puteri bongsu mendapat 8A dalam PMR
Tahniah Rai...
Ayah & Ma amat bersyukur dan mendoakan kejayaan2 seterusnya buat Rai
Berjaya dunia & akhirat.

Wednesday, December 22, 2010

Happy Anniversary

:: 23rd Dec 2010 ::

HAPPY 32nd WEDDING ANNIVERSARY
TO
HJ ZAKARIA & HJH NORSIDAH

+++

HAVE A BLESSED AND HAPPY LIFE TOGETHER

MAY ALLAH BLESS YOU & YOUR LOVED ONES

+++

Monday, December 20, 2010

Rice Paper

Rice Paper @ Kertas Nasi !

Al-kisahnya...hari itu buat pertama kalinya saya masuk ke Mydin Mall di KT. Wow..besar, ada segala macam yang dijual...tidak seperti Mydin kat Kuantan...

Menemani anakanda yang ingin membeli segala keperluan dapur untuk masak-memasak!

Saya dan suami...menolak troli...membantu itu ini...
Kemudian...saya ternampak benda ini...

Rice Paper !! Haa...kat Mydin ada jual
Sukaaaa sangat....sebab sudah lama mencarinya, baru sekarang aku dapat...lalalala !

Dah lama saya google...tengok kat u-tube...macamana nak buat Spring Roll...
To be specified...vietnamese spring roll ...
Pernah makan kat HCMC tahun lepas...sedap !!

+++

Proses membuat spring roll pun bermula :)

~ hehehe...gambar pinjam en google punyer ~

1. Memula celupkan 'kertas nasi' tu ke dalam air suam ----> ia jadi lembut


2. Pastukan letakkan 'inti'...mee hoon yg telah dicelur
salad, carrot, timun ke, taugeh ke, daun kucai..apa2 yang anda suka...tapi
janganlah letak pucuk ubi pulak :(

Biasanya...ada udang yang telah direbus terlebih dulu dimasukkan ke dalam spring roll ini.


3. Gulungkan seperti mana kita buat popia tuuu....mudah jer

4. Tengok! dah pun siap...simple..

Kalau tengok kat u-tube tu ada pelbagai versi...pilihlah yang mana anda suka.
Saya? biasalah...suka short-cut :)))

Bahan2 tu saya gaulkan semua sekali....kecuali udang...letakkan garam sikit, lada hitam...



5. Hidang. Makan dengan sos cili pun boleh.
Saya buat yang ini -----> sos cili life + sos hoisin life + sos cili thai = marbeles !!

Kalau nak makan yang ranggup ----> gorengkan.

Thursday, December 16, 2010

Down Memory Lane


Hari tu jalan2 kat Kg Cina, Kuala Terengganu
Terasa macam kat London pulak!!
hehehe...do you know why?

+++

Terjumpa pulak kedai antik, aku masuk tinjau2 kat dalam tu..
Kedainya...hmm...berserabut, tak teratur langsung!
Tapi...mak aiii...banyak koleksi di dalam kedai yang membuatkan aku sasau kejap...kejap jer tau :))
Aku paling minat tempayan2 antik....ada satu yang besar...besar giler...
Tak diletakkan tanda harga....takut ai nak tanya u :(( harganya lebih mahal dari tiket mas gi london gituuuu !!! adoooiii...

+++

~~ Down Memory Lane ~~


Ni aku berlagak ala2 tourist datang melancong kat KT...kat Chinatown !
Sebenarnya aku mengimbau kenangan lalu...40 tahun yang lalu!!
Gi kat dentist that I used to go
Gi kat saloon that I used to go
Gi kat mana2 ajer that I used to go
Those were the days...
Oh! those memories...
It is a sign that I am getting older each day...

Tuesday, December 14, 2010

Muzium Terengganu...

Kuala Terengganu kami jelajahi...hihihi
Kemana? Ikut darling pi melawat muzium.
So, gambar2 kat luar jer yang boleh ambik...kat dalam dilarang sama sekali..
Kamera diarahkan disimpan dalam peti simpanan, tapi kami lihat ramai yang dok ambik gambar guna handphone!! Alahai...

Saya suka dengan senibina bangunan muzium ini...sangat cantik di mata saya !

Teringat ada satu drama yang buat penggambaran kat sini....apakah nama drama ai tak ingat pulak :(

Kami tak berdrama!

Saturday, December 11, 2010

Dating...


Baru-baru ini kami dating...

Dinner ~ makanan arab di Al Rawsha Restaurant
Terima kasih banyak2 buat sahabat kami Nor yang belanja kami...lain kali belanja lagi yer, hehehe

+++

Esoknya ... tak rancang pun nak breakfast bersama ...
Tetapi, jika Allah izinkan...bertemu jua kami
Makan nasi dagang Terengganu
dan
ubi kayu rebus...marbeles!!


Pertemuan singkat tapi penuh kemesraan... Kami bersyukur bertemu Nor & Abg Z
Mereka sungguh baik hati
Mudah2an ukhwah yang terjalin berpanjangan...

Sunday, December 5, 2010

Sejenak di Langkawi


~ 3D 2N ~

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar...
Flight dari Kuantan ke KLIA
Dari KLIA menaiki shuttle bas ke LCCT
Dari LCCT menaiki AA


Tiga hari habis ronda2 pulau
Tapi kami tak pergi island hopping..


Sight-seeing here and there...
My darling drove himself...follow the signage...tak sesat punyer :)


Nak naik cable car tak dapat, sebab cuaca kurang elok...tapi kami tengok kat bawah tu, cuaca is fine...

Hari akhir, sempat ke Makam Mahsuri

Seronok juga ronda2 kat Langkawi...
But I bought nothing for myself... :(
Yang pastinya, we spent a lot to purchase chocolates for those at home...:))